Friday, December 17, 2010

KENAPA AKU MASIH SINGLE??


DEFINISI SINGLE: hidup berseorangan. xde kapel.
single mother= ibu tunggal atau yg telah diceraikan.
single bed= katil bujang. tilam kecik.
macam2 maksud sebenarnya single nih. tapi yg pasti..semua membawa satu konotasi dan denotasi single itu bermaksud "sendirian". kenapa kita harus bersendirian jika kita boleh hidup berpasangan kan. yup. soalan itu sering org tnyakan. kenapa? kenapa? kenapa dia tu masih single?

andaian org selalu camni: kalau perempuan: dia tu mata duitan. nak lelaki kaya je. takpun dia tu terlampau memilih. dia x cantik. dia terlampau pemalu. terlampau muslimah. dll.
kalau lelaki: mana x single. buaya darat. lelaki x hensem smpai malu nk ngorat perempuan. xde duit. malas keje. atau paling tak org cop dia 'gay'.
alasan org mmg common. tapi x dinafikanlah mgkin ada alasan lain yg kukuh.
tapi aku tulis ni bknlah nk menyalahkan org kenapa org tu harus single, atau menyesali diri yg sememangnya single. bagi aku hidup single ade baik dan ade buruk. dan aku juga ade pelbagai sebab kenapa aku harus single. Anda mahu tahu?? sila baca lagi..---->

1) aku bkn xnak kapel. aku dh try bnyak kali tapi tak berjaya. mgkin masih ade kekurangan aku yg perlu diperbaiki..masih boleh dipertingkatkan. mgkin pendidikan agak ok. tapi mgkin sikap dan paras pula jadi ukuran..wahai sahabatku..manusia inginkan teman sempurna. lumrah hidup.

2)aku bukan playboy. kenapa? sebab llki playboy mmg slalu single. kerana takut saham jatuh kalau kapel. kalau dh diketahui ada awek. maka x mgkinlah dia ade peluang mendekati perempuan lain. betol. aku llki. aku tau macam mana lelaki yg ade ciri2 itu. nak tau ape ciri2 playboy? a) selalunya playboy budak hensem. kalau x hensem mana mgkin bnyak wanita tertarik kepadanya.
b) selalunya playboy kaya. kalau x berduit. mana mgkin dia mmpu pasang dua tiga.

tapi..ade jugak keadaan dimana:

c) lelaki playboy x hensem. tapi kaya.
d) lelaki playboy hensem tapi x kaya pon.
kenapa?? sebab bak kata kawan aku "ayat mau power". maka jika dia seorang yg bermulut manis. maka ramailah jugak wanita yg akan terjerat. spe rugi? wanita itu..dan juga lelaki itu. kerana lelaki itu dicop sebagai playboy..single lah dia smpai ketua..
jadi kesimpulanya..aku bknlah seorang yg hensem. mahupun kaya..atau bermulut manis. jadi aku tetap single. masih perlu menuntut ilmu. huhu..

3) mak aku tak galakkan aku kapel waktu belajar. anda faham mksud x digalakkan. bukan x bagi peluang langsung. boleh berkawan tapi berpada. nasihat dia satu. kita harus menjadikan diri sebagai seorang yg layak utk bergelar teman kepada wanita tersebut. dalam erti kata yg lain. hruslah punya segala-galanya seperti rumah. kereta. pekerjaan dan wang. jika tidak. wanita mana yg mau hidup dgn kita. tapi kata2 ni bknlah seskema ayat yg aku karangkan. mgkin dlam nada perli dan sindiran lah. hehehe..betol juga. kalau ada semua..maka layaklak kita berkapel. aku sendiri dan bnyak mengambil iktibar dri bdak sekarang yg kapel awal. bnyak jgak masalah drg. duit slalu x cukup..sebab ape? sbb hidup masih dtggung mak bapak atau pjaman ptptpn. maka dgn duit yg sikit tu..smpai bila dia nk dpt puaskan hati awek dia. orait ni bkn soal duit shaja. bila kapel2 kadang2 kita jadi lupa. pelajaran terganggu..kerana ape. kerana asyik berkepit dgn awek tpi bkn dgn buku. ade juga yg sukses. tpi selalunya yg betul2 komited..dan sememangnya berniat higga ke jinjang pelamin. serta direstui ibubapa. maka. yg bnyak2 ni cuma main2..sekadar mahu punya teman di universiti kerana x mau dilabel sbg bdak single yg xde awek.

4) perempuan zaman sekarang bukan macam perempuan zaman dulu.
tau ape maksudnya? maksudnya. jgn haraplah kalau kena nak teman yg sopan santun..pakai baju kurung..duk rumah..masak..kemas rumah..xkawan ngn lelaki..sbb ape??
sebab ni zaman moden. wanita sopan sukar dicari. wanita yg ade sekarang wanita lasak tahan berdikari dan wanita yg mampu berkejaya lelaki. sopan itu sudah lain maksudnya. wanita sekarang boleh bersuara lantang. boleh juga memaki hamun lelaki jika dia tidak suka. dan boleh bersosial dgn siapa shja. kerana mereka hebat. mereka setaraf dgn lelaki. wanita sekarang juga diajar memasak bkn lagi perkara penting. blajar tggi2 itu yg spatutnya. maaf. bkn pelajaran tggi aku jadikan bahan ukuran atau takut tergugat olehnya. tapi susah sekali mencari wanita yg rajin memasak dirumah pada zaman ini. termasuk juga yg pakai baju kurung. rmaikah wanita yg ingin pakai baju kurung. mgkin tidak kerana fesyen zaman sekarng adalah uptodate. rugi kalau tak diikuti. juga. ingin ditegaskan disini. ramai juga wanita yg x tahu mengemas rumah. kenapa begini? sebab. aku selalu jumpa. wanita yg cantik pada zahir tetapi sayang tidak tahu istilah bersih. dan kenapa aku perlu kata wanita x boleh kawan dgn lelaki. ape hak aku ckp begitu. ya..wanita boleh berkawan lelaki..kwan lah seramai mgkin. tapi sebenarnya lagi elok kalau wanita kurangkan berkawan dgn lelaki. kenapa? sebab aku lelaki. aku tau ape akibatnya kalau lelaki senang dirapati wanita.
maka. kenapa aku masih single.
sebab aku mahu perempuan yg a) sopan santun. kerana aku seorang yg x bnyak cakap. dan kadang aku agak kasar dalam tutur kata. kerana itu aku perlukan sorang yg sopan-santun utk mengajar aku.
b) perempuan yg pakai baju kurung. aku maksudkan 'baju kurung' bukan dress yg sopan dan boleh dipaka bersama tudung pashmina yg sopan. kerana aku peminat busana tradisional. aku pernah bercita2 utk mengnjurkan pesta malam budaya melayu. bagi mengembalikan kenidahan pakaian dan budaya tradisional. maka. mgkinkah ada?? mana nak carik???
c)pandai masak. sebab aku suka makan. dan aku x pndai masak. ye. aku konservatif. bagi aku keje memasak adalah kerja perempuan. walaupun ada lelaki yg jadi chef. tapi pasti dirumah. tugas isterinya tetap memasak utk suaminya. air tngan isteri pengukuh kasih sayang suami tau tak. xcaya korang tryla nnti dah kawin. ibarat jampi. sekali isteri masak sedap. pasti akan terbayang sampai bila2. dan tambahan pula. keluarga aku suka memasak. dan yg perempuan mmg pndai memasak. aku sgt syg drg. sbb drg pndai masak. dan pastinya mak aku nk menantu yg suka memasak macam dia. hehehe,,
d) pandai kemas rumah. sebab aku mmg suka kemas rumah. aku bkn puji diri sendiri. aku suka rumah yg kemas. dan aku tau menghias rumah. termasuklah bilik aku kt universiti. aku suka hiaskannya. mop lntai dan spu smpah. sbb aku percaya. rumah yg bersih adalah rumah tetamu pada para malaikat. dan rumah yg indah adalah kunci kebahagiaan jiwa. fakta= mak aku ajar aku sapu smapah sejak aku umur 6 tahun. maka macam mana aku nk hidup dgn org yg x pndai kemas rumah. mana nak carikkk??
e) waniat yg suka duk rumah. maksudnya? suka duk rumah je x wat pape? camtu. bkn. dia jenis yg suka duk rumah dan suka jadi suri rumah. dia boleh belajar tggi2. tapi dia juga boleh jadi suri rumah yg baik. Wanita berkejaya sgt sibuk. kadang2 x sempat masak dan juga kemas rumah. kadang2 wanita berkejaya ego. segelintirlah. jadi aku suka jika dia jadi suri rumah. maka korang mesti terfikir org ape yg sesuai ngn aku kan. yup. perempuan kampung. aku suka perempuan kampung yg ade cita2 dan pada masa yg sama suka menjdi suri rumah. xdekan. mana nak carikk???

5) aku bukan gay. nauzubillah. gila ke hape.
aku jumpa ramai lelaki yg agak gayish. cam bangang. ko gi la raba org len. bodo betol. walaupun kdg2 aku diminati lelaki. yup. its true. aku penah diajak gi jalan2 nek keta la. mesej la. tapi semua tu wat aku rasa cam nk terajang je sekor2 rugilaahhh..hahaha,,


jadi kesimpulannya..

aku masih single..bukan x mau kapel. tapi bnyak cabaran dan bnyak halangan..kalau ada alhamdulillah..kalau xde pun xpe..pelajaran menunggu dihadapan..aminn..


6 comments:

LIJA BLOGZZZ said...

nk ayat power kna la berguru...
hahha

feezz said...

macam mana ayat yg power tu? haha~

@rep said...

lol.. single lagi ka? iklan la..hehehehe

feezz said...

Iklan pun x laku. hahaha :D

ika honey bunny said...

best ape single? ramai org ngorat. HAHAHA

feezz said...

ngorat cmne tu? hahaha