Sunday, October 28, 2012

eksiden lagi dan lagi dan lagi...




mornink.......


     semalam saya telah terlibat dalam satu kemalangan..(skemanyer) bahasa pendek eksiden. tak tau camne


leh eksiden. padahal saya ni cekap bwak moto. cekap ke? ==" .


kebetulan saya x balik raya.. stay di kolej seorang diri.. di uum tercinta. basically semua kedai makanan


tutup. jadi saya terpaksalah keluar mencari makanan menaiki moto ke luar..area changlun.


kebetulan jalan gelap dan onthe way balik. saya bawak laju sebab dh lapar nk cepat makan.


tup2 time belok di selekoh nk masuk kolej, moto saya terseret dan saya jatuh ke tengah jalan.


pasir rupanya.. malang tul nasib saya malam semalam.


tapak tangan luka teruk. lutut pon luka gak.  huhu ( T_T)


cerita bab2 eksiden ni sebenarnya saya dah biasa.


dulu saya eksiden lagi teruk. masa tu naik kereta dengan ayah.


kereta terbabas dan langgar pembahagi jalan di highway sg. petani.


ayah saya meninggal di tempat kejadian dan saya patah tulang tengkuk.


10 hari saya di icu dan 3 bulan rawatan susulan... lama kan.


nasib baik saya masih muda. jadi cepat sembuh. tapi saya terkilan juga dan sedih


sebab ayah meninggal kerana eksiden.


takpelah..ajal maut di tangan tuhan. benda dah lama saya dah redhakan...


kerana eksiden adalah benda yg berlaku hari2..


dan menjadi perkara biasa.


takpe.. saya harap saya x cuai lagi lepas ni.


bye2.



#masa dok taip ni tangan masih sakit dan berbalut. tapi kena taip gak. sebab nanti blog saya bersawang. ;-)

Saturday, October 27, 2012

3 hal penting yang setiap manusia harus tau...

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Wednesday, October 17, 2012

kaitan facebook dengan stress

Kebelakangan ini facebook menjadi sangat x best.


pertama: mungkin sebab aku sendiri yg stress. bukak facebook tgk status org yg sentap. jadik stress.



kedua: kebelakangan ini aku sering mengamuk kat facebook. stress sgt. dgn kawan2. family, pelajaran.

            macam x elok pulak kan meluahkan segala stress tu dekat faceboo. sgtlah lah x professional.



ketiga: stress sebab ramai2 kawan2 mula mengupload gambar2 konvokesyen. sedangkan aku masih belajar

           lagi kat uum. dh masuk tahun keempat dah ni. sgt stress. nak cepat2 kerja. huhuhu..




keempat: stress sebab x de awek lagi padahal dah final year. bukak facebook. xde awek2 pun add. stress.




kelima: stress sgt dgn notifications bagai kat facebook tu. rasa cam nak bagi pelempang je kt sape yg hantar.
          
            ishhh...





* Kalau boleh nak tgk gak blogger2 yg update camne nak tangani stress. kbye.

Saturday, October 13, 2012

Banned Orang??

Hari nak meluahkan segala yang terbuku dihati...

Semalam saya post tentang bagaimana geramnya saya dekat seorang classmate yg hipokrit bilamana

perangai beliau itu yg mencari saya utk meminjam, menyalin atau mengambil seuatu dari saya then at the end

of the day. bila kita jumpa dia nak mintak tolong..or even just bertegur sapa. dia akan buat x tahu je. seolah-

olah x kenal siapa saya. siapa yg x marah wahai2 kawan2. kalau sekali takpe. dh banyak kali. sejak sem 1

sampai sem 7. kemudian kawan saya yg baca post tu jumpa saya and kata: Ko x takut kena banned dgn

kawan2 ke? ken banned? aku sebenarnya x faham maksud kena banned macam mana tu.

jadi sebenarnya kalau org wat salah maka kita kena biarkan sahaja. sebab dia tu geng kita? kita kena

protect atau promote dia? camtu? kalau wat naya kat orang tu benda betul? and then banned kawan2

yang jadi mangsa? manusia jenis apa ni? ini budaya mana?

ingatlah harini kawan yg senang ramai. kawan yg susah bersama sukar dicari.

jadi jangan hipokrit dengan diri..hidup dalam geng. bersama geng.

esok kerja sendiri sorang2. esok kalau mati sorang2 je dalam kubur. takkan ada kawan yg boleh tolong.

jadi kesimpulannya. janganlah banned org. harini kita banned orang. esok orang banned kita.

tepuk dada tanya hati samada kita ni jujur atau tak bila berkawan.

wallahualam.

Jenis-Jenis Lelaki yg x patut dikahwini wanita.

1) Lelaki Malas: Malas kerja. malas mandi, malas belajar, pendek kata semua malas. jadi acting rajin bila depan awek je. depan member2 memang terkenal dengan kemalasan tahap cipanzi. beware!!

2) Lelaki 2 alam: depan acting macho, rambut pacak2. stailo otot ketul2. padahal suka kt lelaki. then kategori kedua lak. jenis 2 alam ialah siang pakai baju lelaki. malam pakai baju pompuan. kira siang halim malam halimah lah. x kuasaa yooouu..

3) Lelaki Playboy: tukar awek macam tukar baju. bajet hot depan kawan2. padahal dok kikis harta pompuan. piraaah mangkok.

4) Lelaki Bajet Best. banyak kategori ni. cthnyerhok yg suka berpolitik sana-sini. gebang sana. gebang sini. kutuk orang sana. kutuk org sini. padahal habuk pon tarak. lagi mau kutuk org ka?? wat malu bangsa dan negara je.

5) Lelaki Dayus: hok ni sama jugak macam kategori no 1. malas kerja. makan gaji buta. x bagi bini nafkah. x bagi anak makan. main judi. pendek kata jenis suka lepas tangan sebagai seorang lelaki.  mmg x boleh blah langsung lelaki camni. pi potong anu kasik anjing makan la wei.

Wednesday, October 10, 2012

Entry yang BOSAN.

Entry yang bosan...

eh bosannyer....

bosann.....

bosannnnnnnnnnnnnnnnn!!!!

Belajar degree selama 4 tahun =Bosan

Adik yg x habis2 mintak duit = Bosan

Kawan2 yg selfish = Bosan

Bapak tiri yang mengada-ada = Bosan.

Pakwe akak yg poyo nak mampus = Bosan

Takde kereta = Bosan

Takde awek = Bosan

Hari-hari ada kelas = Bosan

Assignment yg berlambak2= Bosan

Roomate yg bersikap kenegerian = Bosan


Pendek kata. hidup aku semuanya bosan. kbye.

# Bosan aih tulis blog nih.