Monday, November 7, 2011

Lakonan Dunia.

Lakonan dunia lagi hari ni.

cara dengan sengaja menyakitkan hati ini supaya keluar dari rumah.

supaya jantan celaka tu balik lagi.

dah selalu jadi macam ni. bila dah dapat duit. kau kena halau hafiz.

kenapa kau x sedar2 lagi?\

kenapa kau bodoh sangat.

orang suma tak sayangkan kau.

cuma nak duit kau saje.

lepas dah dapat. boleh buang macam sampah.

ingat hafiz. ingat sampai mati.

kenapa kau nak sia-siakan masa kau.

dengan orang yg sentiasa dengki dengan kemajuan kau.

sentiasa mahu lihat kau miskin dan merempat.

ingat. kau tu cuma anak angkat je.

bapak kau dah mati.

takde sapa yg akan bela nasib kau.

pandai-pandailah sendiri.

duit kau

habis.

kau.

masih tak ada apa2 harta,

kau sudah 22 tahun.

tapi kau masih takde motor.

atau apa2.

kerana kau berikan wang kau

kepada mereka yg tamak.

tamakkan harta dan untuk kesenangan sendiri.

ingat hari ini.

hari mereka.

hari esok hari engkau.\

hari ni kau sebenarnya tak diperlukan pun dirumah tu.

masakan kau boleh dihalau sesuka hati.

sedangkan kau sudah berkorban semuanya.

kau bekerja sejak tingkatan satu.

kau tak pernah dapat apa2.

kau ke sekolah berasrama.

tiada siapa yg menghantar. tiada siapa yg menjenguk.

tiada siapa yg berikan kau duit makan.

guru yg membantu kau.

sedang kawan2 yg x mengerti.

menggangap kau kedekut.

kau sombong dan kau begitu begini.

kau emosional dan kau ego.

sedangkan kau terpaksa berlakon keras hati.

diahadapan rakan2.

kerana kau.

tiada sesiapa di dunia ini.

dan tiada siapa yg ambil peduli.

hari ni genap umur kau 22 tahun.

tapi.

kau masih tidak punya apa2 dirumah itu.

kau tiada apa2.\

kau tiada apa2

yg kau boleh banggakan.

mana pergi keluarga kau.

disaat kau susah?

kau kadangkala tidak makan.

dan kadangkala makan hati.

dan kadangkala kau sakit.

tiada siapa ambil peduli.

metang-mentanglah kau anak yatim.

kau dah tiada siapa.

kau anak angkat.

sedang manusia itu cuma mahukan wang engkau.

sedarlah wahai mohamad hafizuddin.

sedarlah.

sampai bila kau mahu membiarkan\

manusia lain mempergunakan kau?

sampai bila???!!!!

ya allah. ya tuhan ku.

jika kau maha berkuasa.

kau tunjjukkan lah kuasa mu.

tunjukkan dan bongkarkan lakonan mereka.

ya allah. ampunkan aku jika aku selalu menderhaka atas nasib ku.

aku hanya mahu hidup sederhana dan bahagia.

tanpa insan2 yg cuba

mengancam hidup ini.

makbulkan doa ku Ya Allah!

Friday, November 4, 2011

Sedihnya..

Hari rasa sedih yang tak terkata..

walaupun dudukkat cyber cafe tempat budak2 main game yg bising ni. hati ni tetapje sedih.

wajar tak kalau lelaki sedih. entahla. aku pun x tahu..

punca sedih hari ni.

baru balik dari kubur arwah ayah. sorang2 je melawat. sedih mengenangkan nasib dia

tinggal sorang2 disana.

sedih juga kerana hari ni ada kawan yang mungkir janji.

janjinya nak gi makan char koey teow. baru planning nak dapat kawan baru kt kawasan perumahan ni.

takpelah. nak wat cmne. dh nasib.. sorang lagi lah lepas ni.

sedih juga kerana kerja bertimbun2 tak siap2.

sedih juga kerana wanita pujaan aku seaakan menjauhkan diri.

sedih juga kerana sampai sekarang tak dapat beli motor utk diri sendiri,kerana asyik memberi duit kepada

keluarga yg nak guna kereta besar dan takut tak dapat bayar.

tapi tak fikirkan budak bangang ni, yang kumpul duit bertahun-tahun. semata-mata nak beli motor yg

sebenarnya tujuan nak beli motor tu. supaya boleh pergi library hari2. dan boleh dapat kerja time cuti..

supaya leh bantu keluarga jgak. aku tak tahu sama ada aku yg pentingkan diri atau mereka itu suma.

aku tak macam adik-adik aku yg mewah berbelanja.

aku selalu sanggup beli baju bundle. dan makan nasi lemak singgit tiap2 malam.

ikat perut sebab nak kmupulduit beli motor.

kenapaaa\???!!

kenapa sume benda ni jadi pada aku...


orang2 yg aku sayang sume dh xde kt dunia ni.suma dah pergi mengadap tuhan.

kenapa aku je tak mengadap tuhan cepat2.

rasa terbeban dgn tanggungjawab yg besar. dan dikelilingi orang2 yg x memahami.

sekarang sedih tu dh jadi berganda-ganda.

kerana sekarang ni asyik sakit je.

tak tahulah buatan orang ke hantu syaitan,

penat dah baca yassin. tapi perasaan tu susah nak hilang.

aku berdoa semoga aku ditempat di tempat yg paling jauh dari suma orang sekarang ni.

tempat yg aku leh nangis sorang2.

dan orang x anggap aku lelaki yg lemah.

tak tahu lagi berapa lama boleh tahan hidup macam ni.

aku harap lepas ni nak balik dan tidur yg panjang

supaya aku bangun esok. suma ni cuma mimpi sahaja....

mimpi.

Saturday, October 1, 2011

10 Sebab Yg Membuatkan Aku Bengang Pada Perempuan.

Lelaki harus suka perempuan. Kalau x suka = g**  hehe. tapi kan kadang2 lelaki rasa benci sangat dengan

perempuan. Sebab kadang2 perempuan perangai cam hampeh la. Bukan x gentleman atau tak memahami

jiwa perempuan yg lemah lembut lagi sopan dan kuat merajuk tuh. Tapi kadang2 mereka2 itu sendiri yg

suka mebuatkan lelaki meluat dengan perangai mereka. Aku wat entri bukan sebab aku x normal x suka 

kat perempuan. tapi kadang-kadang eh bukan. selalu je aku jumpa perempuan2 yg perangai serupa monster.

Berikut adalah 10 perkara yg membuatkan aku benci pada Monster Perempuan nih.


1) Nak Carik Pakwe Sempurna yg hensem cam Brad Pitt, alim cam Ashraff Muslim, cute cam lelaki korea, 

tinggi cam Farid Kamil, macho cam Aaron Aziz, tegap cam Fahrin Ahmad, kaya cam Datuk K. Kalau boleh 

sume nak perfect. sebab nak carik bakal suami yg terbaik untuk mereka. Pastu sanggup nak menghina

lelaki yg sederhana, banyak dah kengkawan aku yg aku tengok terkedu kena reject mentah2 oleh wanita

yg rasa drg perfect gila. Kononnya dak lelaki tu x cukup kaya, x cukup hensem. x cukup tinggi. Please ar. 

cermin tingkap boleh? kalau awk cantik cam Maya Karin, alim cam Wardina Saffiyah, cute cam Heliza Helmi

atau kaya cam Datuk Siti leh la korang nak berangan utk dapat semua ciri2 lelaki idaman malaya tuh.


2) Dok ramai-ramai pastu pakat-pakat nak planning supaya sorang dak lelaki ni terima kawan dia.

   pastu kenen-kenen dak lelaki tu dgn kawan dia supaya hasrat kawan dia berkapel dgn dak lelaki tu 

  tercapai. Padahal dia tau yg dak lelaki x suka kt kawan dia, tapi suka kt org lain atau dak lelaki tu

  memang takde niat pon nak berkapel dgn sesiapa pon. Pastu kalau x leh terima, tuduh yg dak lelaki

  tu memilih la, suka yg cantik-cantik je. perasan hot sgt la. Tolong la..korang ingat kau tu match maker ke?

  Cupid ke? men jodoh-jodohkan kengakawan korang dgn kitorang yg memang xde jodoh dgn kawan ko tu?

  Serius shit dowh x suke. kenapa tak engko je yg kawin dgn kawan ko tuh? senang citer dowh.


3) Ajak gi shopping atau kuar, mintak lelaki belanja tapi sendiri kedekut giler nak belanja lelaki. Kadang-

kadang terjadi bukan je kat pakwe-makwe, tapi kt kawan pon ko nak test poket drg eh? Pastu kalau x 

belanja mula lah tuduh lelaki kedekut, lelaki tu x gentleman ,keluar duit tu tanggungjawab lelaki. 

Atuk ko. kalau kitorang ni husband ko memang jatuh la hukum wajib membelanja engkorang.

ni belum kawen dah wat perangai. Nampak sgt materialistik dowh. bek ko kawen dgn Bank Simpanan

Nasional je dowh. senang sikit kau nak shopping.


4) Suka wat perangai time period. Memang la period to sakit. cepat emosi, sebab period tu hormon.

tapi takkan la korang nak wat alasan korang period supaya korang takyah wat pape, x yah kuar jenjalan,

leh marah2 sesukahati kt boypren korang, emo-emo. pastu tuduh lelaki sume x faham korang, x memahami

perempuan. Serius dowh x yah la guna alasan period dowh supaya kau leh marah sesukahati. kontrol la sikit

emosi dan sakit tu, dalam dunia ni ada berjuta2 perempuan period, tapi ada je yg leh kawal emosi. asal ko

x leh?

5) Tak bagi lelaki pandang atau cakap dengan pompuan lain time kapel. sume x boleh.

ini xleh, itu xleh, kadang-kadang dengan classmate boypren kau pon kau nak jeles-jeles, jeling-jeling

bila kitorang sembang sikit je dgn pompuan len mulalah ko nak melenting, nak merajuk berminggu-minggu.

padahal kalau kau dok puji dak2 lelaki len yg hensem2 dgn kengkawan ko. kitorang x marah pon.

pastu kau leh siap compare2 lagi pakwe kau dgn ahli bina badan, dgn artis korea, dengan atlet kebangsaan.

per cer dowh? ko tak pikir ke yg kitorang pon ada perasaan jeles gak?


6) Pegang jawatan tinggi-tinggi, pastu rasa hot gila. rasa cam suma lelaki leh tunduk kat dia.

  Konon-konon dunia dah maju. wanita dah sama taraf dengan lelaki. pastu boleh la kau hina-hinakan

lelaki yg berjawatan rendah yg minat kat kau. sengkek la. comot la. loser la. Mengaku je la

yg pompuan cepat lupa diri bila berjawatan tinggi. sebab apa, ramai je lelaki kaya berjawatan tinggi yg kawen 

dgn pompuan miskin, anak yatim piatu, ramai! tapi paling sikit lah pompuan kaya yg nak kawen dgn

lelaki miskin, lelaki kampung dan lelaki yg x sekaya cam korang tu. tgk contoh artis-artis kita cukup la.


7) Beli baju banyak-banyak tapi cakap takde baju. pastu suruh boypren beli lagi baju baru. x cukup

dengan boypren, mak ayah pun kau mintak. Kononnya perempuan kena jaga penampilan. kena cantik 

sentiasa. Tapi kalau koleksi baju, kasut atau beg tangan korang dah leh wat supermarket. lebih baik la

korang sedekah je kat fakir miskin, atau perempuan-perempuan lain yg kurang mampu tu.

At least dapat gak kau wat amal jariah dan kumpul pahala utk bekalan hari akhirat.


8) Rajin pegi jalan-jalan, shopping sana, shopping sini, makan angin sana, makan angin sini..

pastu duit takde mintak boypren atau mak ayah. Pastu bila takde duit sanggup diet tak makan.

Bila boypren bermurah hati nak belanja makan, time tu la nak diet. Gi shopping dgn makan angin

taknak la korang diet. Pastu sanggup plak beli barang mahal pastu diet selama sebulan. bagi alasan kt

boypren yg korang nak jadik kurus dan cantik supaya boypren korang suke. Actually kitorang x suka

dating dgn pompuan kurus sgt. lebih baik korang makan sebelum korang sakit, dan sebelum korang

menyusahkan boypren dan mak ayah korang.

9) Join group mengumpat atau bergossip sesama perempuan. 
  
  Sanggup bergossip sakan dan melayan kengkawan korang yg suka jaga tepi kain orang. Pastu korang pon

  terjoin sekali mengumpat pasal kengkawan korang sendiri. pastu kat luar jumpa kawan yg korang gossip

tu siap peluk2 cium2..beramah mesra cam takde pape yg berlaku. kalau gossip tu x tersebar dan

berlingkar kt group korang takpe la. tapi sume benda nak citer kt boypren korang. Kalau camtu

 lebih baik kitorang cancel dating daripada layan perangai korang yg x kelas tuh. Lebih baik kitorang pi main

bola je sepanjang hari.

10) Sume benda kau nak share dengan kengkawan ko. Bila kite gaduh je ko citer kat kengkawan ko.

Suma baik dan buruk kitorang sume kenkawan ko harus amik tau. kau langsung takde segan silu

nak share sume benda sepanjang kite kapel kat kengkawan. Hidup kitorang dah takde privasi dowh.

kengkawan ko tu plak kan leh caya sgt pon. entah2 dia pon dok kutuk ko kt belakang, sekali dgn kutuk

pakwe ko nih yg xde kena mengena dgn drg.


Hah tu la benda2 yg wat aku bengang pada perempuan. Bukan sume perempuan lah. segelintir je.

Tapi aku x heran la, kalau pasni ada group pompuan yg nak banned aku kt blogger ni. atau

nak wat entri balas balik kt lelaki plak. Itu hak korang. Benda2 yg aku tulis ni sume berlaku. kalau x caye 

sudahla. Aiman x kesah pon. =P





Saturday, September 17, 2011

Jom Usha Fesyen Untuk Lelaki Seluruh Dunia..

Salam Bloggers, kali ni saya akan buat sedikit entri dan gambar2 fesyen lelaki seluruh dunia..

Paling utama mestilah kota paris, london, new York, Korea, Jepun dan x lupa juga Malaysia..So kita enjoy the

show! mana tau dapat inspirasi.. hehehe~ kebanyakkan gambar saya ambik ialah gambar fashion on the street..

sebab fesyen macam ni praktikal sikit utk dibuat contoh sebagai inspirasi..

1) PARIS


AMBOI TINGGINYA KASUT!



FASHION BERLAPIS..


2) MILAN


STAIL PAKAI MAFLA DGN JAKET

Office Hour..

3) KOREA


kasual style..

high street..
full jacket..

4) New York




5) JAPAN






6) Malaysia





Hah.. yang tu je la kot..semestinya tak mewakili seluruh dunia..ada lagi kota fesyen yg saya lom letak. nanti 

lah. len kali plak..hihi..

bersambung...

Sunday, September 11, 2011

Tips menjadi lelaki kacak lagi disayangi ramai..

Salam semua. Malam ni saya nak menghapdet sikit tentang cara

bagaimana kita boleh menjadi lelaki kacak lagi disayangi ramai.

siapa yg xnak jadi kacak kan? dahla kacak disayangi ramai pulak tuh.

haha. cmne tuh? best tak lagi best bila ramai perempuan suka sgt nak

kawan dengan kamu. rasa "hot" yg amat je. Haha. takde lah.

maksud saya disini kalau kita tahu bagaimana caranya

nak menjadi lelaki kacak lagi disayangi ramai kita kenalah berusaha

untuk kearah itu ye tak? maknanya kalau kita yg takde gilfren

ni. tiba2 nak ada gilfren tapi pompuan pon taknak kawan kt kita

maka, macam mana hidup kita sebelum ni sunyi. macam tu lah sampai bila2.

Kerana apa? kerana perempuan sememangnya akan pertama kali

tertarik pada rupa paras yg kacak + attitude yg baik. itu lumrah.

Disini saya ada beberapa tips utk dikongsikan dengan pembaca

khususnya para lelaki..tips,, bagaimana mahu menjadi lelaki kacak

lagi disayangi ramai.





1) Jaga kebersihan wajah anda.

Sememangnya kebersihan wajah ada permulaan kepada wajah yang kacak.

kalau wajah kita tak bersih.. maka sudah tentu kita takkan menjadi kacak.

pakai produk pencuci muka yg bersesuai dengan kulit kita dan kenalpasti kondisi wajah kita

samada berminyak, berjerawat , berparut atau tidak. zaman sekarang dah banyak produk2

penjagaan wajah khusus lelaki. dari yang murah sehingga yg mahal. yang paling penting. produk

itu harus ada kualiti. kerana kita bukan nak kacak sementara shaja. kalau boleh gunakan toner

dan pencuci muka yg sejuk. supaya kulit muka kita tak sensitif dan sentiasa segar. apa kegunaan toner?

ianya menjadikan kulit kita bebas jerawat, minyak berlebihan dan ton kulit sekata.

lelaki tak semestinya kena memutihkan kulit. tetapi ton kulit yg sekata itu yg lebih penting bagi

lelaki sejati. Kalau ada jambang, janggut atau misai baiklah trim cantik2 kalau tak. baik tak payah ada. tuan2





2) Kebersihan Tubuh badan

Selain kebersihan muka, kebersihan badan juga penting. tak guna muka kacak badan berbau dan melekit.

gunalah sabun mandian yg ada skrub dan wangi kerana kulit badan lebih kasar berbanding muka.

jangan lupa guna deodoran atau minyak wangi atau bedak talkum. Mana2 satu terpulang pada anda.

kalau nak pakai sekaligus pun boleh. hehe. jangan lupa potong kuku, cukur bulu berlebihan dan mandi

secukupnya.



3) Kebersihan pakaian

Selain dari kedua2 diatas, kebersihan pakaian juga penting. sebab pakaian yg ktor punca segala

penyakit kulit. kalau kamu rasa mesin basuh basuh baju x bersih, maka eloklah kamu cuci pakai tangan.

kerana lebih bersih dan puas hati. seeloknya guna sabun yg bersifat cecair kerana tak berbau dan

tak merosakkan baju.




4) Kebersihan tempat tinggal

Tempat tinggal juga punca masalah pada wajah dan tubuh badan kita. pastikan tempat tinggal bersih.

terutamanya bilik tidur kita. cuci sarung bantal dan selimut. lap tingkap dan mop lantai. habuk2 dan

kekotoran itu akan menjadikan kulit kita rengsa dan senang terkena jangkitan kuman pada kulit..




5) Jaga pemakanan.

Nabi pernah pesan bahawa perut adalah punca segala penyakit. Maka jaga pemakanan anda.

kalau taknak muka berminyak, jangan bnyak makan makanan bergoreng atau berminyak.

banyakkan makan buah dan sayur kerana nutriennya dapat menyegarkan wajah serta awet muda. minum air

secukupnya supaya pelancaran darah lancar dan memudahkan pembuangan sisa2 toksik dalam badan kita.

darah lncar,wajah pun segar. serta jangan lupa utk mengelakkan terlalu makan banyak nasi dan ais,

kerana ia punca badan gemuk dan perut buncit. ambil nasi sekadar mencukupi. gantikan dengan protein dan

kabohidrat lain seperti roti, susu serta gandum.



6) Bersenamlah.

Bersenam dapat menjamin tubuh badan yang fit, sihat dan bertenaga. kalau rajin pergilah ke gym utk

membentuk otot yg lebih sasa, jangan biarkan tubuh kita x sihat dan x bertenaga. confirm tak kacak.




7) Senyumlah.

Selain cara2 diatas senyum merupakan satu kaedah supaya org menyedari kekacakan diri kita.

bukan sekadar kekacakn wajah tetapi mebawa mesej bahawa betapa kacaknya hati kita

kerana tak kedekut memberi senyuman kepada org lain, muka yg tersenyum itu adalah lebih kacak.

maka kadangkala kalau wajah kita sudah kacak tetapi malas senyum, maka org takkan perasan

bahawa kita kacak. org x sayang, malah menyampah dengan kekacakan kita.




8) Perbaiki hati.

Hati seorang yang kacak sejati haruslah sentiasa bersih dari segala hasad dengki, permusuhan dan

kejahatan. sebabnya walaupun wajah kita kacak tetapi kalau hati kita tak bersih, maka

lambat laun org akan tau, bahawa kita ini tidaklah kacak sebenarnya. tetapi seorang yang kacak

dngan hati yg busuk. Orang kacak haruslah seiring dengan hati yang bersih.





9) ambil tahu serba sedikit tentang fesyen.

bukanlah perlu berfesyen ala model catwalk atau model iklan majalah sentiasa. tetapi ambil tahu

tentang fesyen apa yg sesuai dengan ketinggian, warna kulit, potongan dan trend semasa.

Janganlah muka dah kacak tapi pakai macam pakcik tukang kebun atau pakai pakaian

yg sesuai utk orang tua serta sesuai utk dibuang. Seorang lelaki juga harus ada baju formal utk dipakai

serta sesuai dengan majlis. tak perlu mahal, tetapi carilah yg sesuai dengan bajet kita, warna kulit kita serta

cuaca negara kita.



10) Solatlah.

Solat merupakan elemen penting untuk hati dan kesannya dalam hidup kita.

hati yang tenang serta amalan solat yang konsisten akan menghasilkan seorang lelaki kacak yg disedari

ramai kekacakannya hati dan wajahnya. ini semua berkat air wuduk yg memberi nur cahaya pada wajah kita

serta gerakan solat yang menjaga postur serta ketenangan hati kita kearah menjadi seorang kacak

yg disayangi serta disanjungi.





11) Berilmu pengetahuan

tak semestinya kita kena ambil phd atau menjadi seorang professor. cukup jika kita bukanlah

orang yg terlalu cetek pengetahuan, rajinlah membaca serta bergaul dengan orang berilmu. kerana kajian

menunjukkan bahawa wanita lebih tertarik dengan lelaki yang berpengetahuan berbanding

si wajah kacak yg " kosong" otaknya.



12) Jaga tingkah laku

wajah yg kacak harus juga seiring dengan tingkahlaku yang terbaik lagi ada kelas.

jaga bahasa anda, pergaulan anda, cara anda mempersembahkan diri anda di khalayak , adab makan.,

adab berkawan serta adab dengan ibubapa serta orang tua. rajinlah membantu org lain serta kekalkan imej

 lelaki sejati ..ingat lelaki kacak yg disayangi ramai ialah lelaki yg mempunya pakej yg lengkap.


Sekian sahaja tips saya diatas.

saya bukanlah seorang lelaki yang sangat kacak atau sangat baik.

kerana kacak itu sangat subjektif pada pandangan orang lain.

ada sesetengah orang megatakan lelaki itu kacak kerana dia sasa, tetapi ada juga yg mengatakan lelaki itu

kacak kerana dia bersih dan baik hati.

pokok pangkal pakej kacak sejati haruslah diringi dengan usaha yg jitu serta

imej yg bersih pada pandangan masyarakat.

Selamat Mencuba!

Friday, September 9, 2011

Satu Hari di Hari Raya Satu Hari Di UUM.

Haritu dah raya keenam.

Mood raya masih dok ada lagi. kalau korang dok kt rumah time tu kan ada citer best2 kt TV 3.

macam citer ada kt tv time raya2 tak lain tak bukan citer pontianak, hantu, jembalang, rempit la apakebenda

tapi tetibe aku teringat yg aku kena balik uum. maklumlah ada budak2 yg nak kena " dioreintasikan"

tapi aku malas. memang malas sebenarnya. sebab apa sebab aku memang nak letak jawatan dah.

surat letak jawatan sume dah siap. aku pon dh bincang baik2 dgn mak aku. dia pon setuju. tujuannyer

dia nak anak lelaki dia yg sorang nih tumpu kt pelajaran. al kisahnya nak amik shariah la. sbb skrg aku

kt uum amik sivil law je. nanti aku takleh nak jadi loyer utk makcik2 kt luar sana

yg nak bercerai berai, nak merebut harta warisan, nak tuntut mutaah juta2 dan tah hape2 lagi la.

tapi dalam pada itu, aku dok teringat yg aku kena balik la kt uum sana.

tolong2 apa yg patut. walaupun hati ni memberontak2 sebab kalo boleh aku nak raya sebulan kt umah.

pastu kalau boleh taknak balik2 dah kt uum yg indah permai tu.

tapi aku pikir balik ner leh wat gitu. org undi aku. aku kena tolong bebudak la. takkan nak bior je

dak2 junior tak ketahuan hala kali pertama masuk u.

maka aku pon tggalkan la adik kembar aku yg dh sah2 eksiden tuh.

sian pon ade gak kt dia. aku nak balik awal. dhla dia jarang2 balik sebab dok kt sarawak sana tuh.

maka sebelum balik tu. sempat la aku belanja adik aku dgn kakak aku Mcd. pakai duit yg aku tekan

kt mesin ATM hospital (sambil menjerit sampai makcik cleaner hospital tgk sebab terkejut ada 200 lebih

dalam akaun aku)musihatnya saje nak jaga hati drg sebab time2 raya nilah aku nak wat hal balik uum awal.

so aku pon balik la sebab ada org cakap itu amanah aku kena wat. walaupun aku dah kata yg aku nak letak

jawatan. balik uum.

takde orang. bas takde. junior baru masuk.

aku kena pi dpp dalam.

sampai sana. mintak maaf kt partner sebab lewat. pastu kena suruh duduk kt belakang

oleh presiden dpp yg ala2 sibuk lagi kerek. yg sruh aku ulang alik hnya sebab nk tunjukkan tempat wat

smart card kt bebudak baru. macam hampeh. aku yg pakai blazer dh berpeluh2 bagai

tapi "encik presiden dpp" yg jawatan pada pandangan dia sama taraf dgn MPP tuh dok dalam air cond je.

partner aku pon dh bising2 secara senyap kt aku. kerna beliau yg berpakaian anggun lagi cantik haritu

dah berpeluh2 dok kt kaunter pendaftaran sambil kelaparan sebab tak makan dari pagi.

aku rasa cam nak "penampar" je "presiden" kurang matang nih. tapi memandang bebudak2 len igt aku

ni "pegawai hep' (sebab aku pkai blazer kot) kurang sikit la emosi aku yg tgh meluap2 ni. aku wat jugak la

dok ulang alik tgh panas dgn blazer bagai tuh. sebab aku sedar. ni bukan salah junior2 tapi salah presiden

bongok tuh yg x reti2 nak tambah ajks dia yg berlambak2 tu sampai nak pakai MPP wat balaci dia.

last2 sekali aku dgn partner pon blah dari situ teros gi dewan MAS. lalu kot blakang bukit, tepi sungai uum

yg cantek sampai tercabut kasut tinggi dia yg glamer tu.

sambil kami berjalan tuh. aku dan partner pon berdoa agar mamat presiden tu bertaubat dan lambat laut dia

reti camne nak berkerjasama dengan orang dgn lebih baik dan mesra lagi pasni.

sampai dewan MAS jumpe kengkawan MPP, borak2 pastu aku blah balik sebab kepala dah pening2 dan

teringat yg mak aku yg kol kata adik aku kena "operate" sebab otot ligamen dia sebenarnya terkoyak

walaupun masa hari raya harituh x nampak luka apa kt luar.

tensen aku. dah la pagi tu panas. petang hujan lebat. bas lembap. jumpa presiden kejam. kepala pon dah mula

pening, teros balik dan tido.

al maklum malam tu aku x pergi dah dewan MAS. junior2 semua takde sebab blah pi dewan MAS. tggal aku

sensorang kt kachi yg indah permai sambil kena kacau dgn " hantu" yg datang dari mana tah semasa pukul

3 pagi.

esok. teros aku packing barang nak balik semula rumah sambil berkira2 nak tumpang semalam dua

dirumah abg senior aku sebelum balik rumah pergi hospital tgk adik aku yg sakit.

tapi aku tunggu pnya lama pastu tertido. abg tu pon dah balik.

kesian kt dia

kesian kt aku.

tggal aku sensorang kt kachi yg indah permai.

sambil memikirkan masa depan aku yg bakal kelaparan sebab kedai makan tak bukak.

dan memikir masa depan aku yg mungkin dah jadi " adik derhaka" kt abg senior aku yg hensem lagi baik hati

tu dan bakal plak jadi "abang derhaka" kt adik aku sendiri yg terlantar sakit kt hospital tu.

maafkan aku abang senior dan adik kandung..

ni semua "amanah' yg aku kena pikul.

pasni aku bersumpah

hanya pergi bertugas kalau aku ni betul2 dihargai

dan betul diperlukan je.

kalau tak. lebih baik aku ikot saranan mak aku

drop paper MPP ganti dgn paper bahasa arab

supaya masa depan aku lebih cerah dan supaya aku

dapat jugak aku bantu makcik2 kt luar sana yg nak bercerai-berai, berebut harta warisan dan mintak mutaah

berjuta2 dan tah hape2 lagi.

Wednesday, August 17, 2011

Dah Jadi Jutawan..pakcik kayo! Pakcik kayo!

Salam geng blogger.. korang penah tak mimpi nk jadi jutawan? penah tak penah tak? Ohh..ada gak yg memang

jutawan.. i see.. i see..

tetiba nak update soal harta dunia plak ni kenapa yek.

akhir-akhir ini aku akan bakal jadi jutawan..insyallah...

tapi dalam mimpi ke kenyataan aku pon x pasti..

sebab sekarang aku dok sibuk buat jual beli duit negara asing..

insyallah kalau ada rezeki adalah..

Amin..

Wednesday, August 3, 2011

Bulan Puasa + Cuti Semester...@@@

Hello..hello..pembaca blog Manusia Biasa..Assalamualaikum..Selamat Berpuasa..Selamat Bercuti..


Diam x diam..dah masuk bulan pose gak akhirnya..


Kali ni..bulan puasa bagi saye..sama dengan cuti semester..mgkin sama gak dgn akak2..abang2..adik2..yg


blaja kt kolej ke..univerisiti ke..banyak u yg dah cuti semester..tentu korang sume ade kt rumah.. takde


maknanya korang nk gi dok kt u skrg ni..hehehe.. (x tau la kalau ade nasib la.)


So basically..bulan pose ni cuti..saye pon xde la wat pape pon aktiviti..banyak berehat dirumah je. tapi



dalam cuti2 ni..mestilah ada sesuatu gak yg kite wat kan. ni antara contoh2 aktiviti yg saye wat


sepanjang cuti ni:




1) Berpuasa


yela berpuasa. takkan x puasa ye tak. dah besor dh pon. sekrang ni kan cuti berpuasa.. tak tau la kalau ada


yg x pose. (sambil mandi minum air dalam toilet..kehkehkeh).


                          


2) Mendengar Muzik/ Menyanyi2 je


Oleh sebab bosan sgt dan x tau nak wat apa..saye bukak lappy saya. upload muzik banyak2 (lagu raya)


dengar2kannye..sambil nyanyi ikot lirik (ala2 justin beiber) ..hahahah..pastu bila dapat nyanyi2 tu rasa


hilang la bosan. sambil menyedapkan suara..nyanyi kuat2 (kot2 la ada anak dara jiran dgr. jatuh cinte tros..)


hehehe.. bese bro..




3) pergi pasar ramadhan.


hoho..ni mmg rutin wajib rakyat malaysia. (maklumlah rakyat malaysia mmg malas masak bila balik keje)


kt bazar ramadhan ade macam-macam.. semua sedap2 cantik belaka. kalau ada jual air kt situ aku pon tau la


 korang beli semua kaler. ehehe.. selain dari ade jual air..ade juga jual murtabak, ayam percik, kuih muih,


aweks (eh yg ni pon ade jual ke? ("^^") ) semua ada lah. tapi kalau nk gi kenalah bawak duit. takde duit


telan air liur je la..haha...






4) Jaga Adik kt Rumah


selain dari pergi pasar ramadhan. saya juga kadang2 dok rumah je jaga adik. sementara ahli keluarga keluar


keje. jaga adik ni senang je. bukak laptop. kasi dia main. gerenti dia x kuar, tapi kadang geram gak.


bila dah main tu x reti2 la plak nak off.. adehhh.. (ni dah kali ketiga saye beli charger laptop. sbb meletop )







5) Jaga/ main kucing


selain dari menjaga adik2 yang nakal. kita juga boleh menjaga kucing dirumah. (takde org wat. saye sorang je


kot.) kucing2 saya semua x pose. keje nk makan je dua ploh empat jam. terniat di hati nak


semelih sekor wat lauk berbuka..hehe.






6) main komputer,


Bila celik mata bukak komputer. bila tido tutup komputer, bila celik je bukak komputer. (kata mak saya)


ye la. dah bosan. nak wat ape lagi kan. sayang beli ribu2 x gunekan..


main komputer ade pekdahnyer. selain menghiburkan, kita juga boleh melatih jari-jari supaya sentiasa


aktif, pantas menaip, lentik dan juga cantek. (ape yg aku merepek ni. haha)






7) Tido

dah cuti. banyak juga antara kita ni yg suka tido je kan. kan. kan..


selalu saya tido siang je. sbb ade org cakap tido siang ni baik untuk kecantikkan. eh kesihatan la. eh bukan


tah la aku x tau la. yg penting bila bosan tido je la. ni tgh dok taip entri ni pon rasa ngantuk je...huuuuu...


(++)..Zzz..Zzzzz...zz







hah.. tu je la kot. aktiviti saya masa cuti + bulan pose ni. nampak sgt tak produktif. .anda macam mana?


jgn tiru cam saya. ok bye!

Sunday, June 19, 2011

Eh lamanya saya x berblogging?

lamanyaaaaaa....baru nak bukak haih...xdak idea apa nak tulih aih..

dulu2 dok posting yg sedey2 jer. sekarang dah malaih..

wtpe sedih2 kan? lagipon aku sebok. dok praktikal kt court. x sempat nk sedey2..haha

k. bye! nanti posting len.

Monday, May 2, 2011

HEI YOU!!

Haiiiiiii.....lama saya x berblogging...

Sejak-sejak musim yg lepas..saya asyik emo-emo je..

sekarang tak dah.

Punca: saya tau..sebab saya dah balik rumah..

wat perkara yg saya suka...APA YG SAYA SUKA SEBENARNYA?

1) BERSENDIRIAN. TAK DIPENGARUHI ORANG LAIN
BELAJAR, MENULIS, MELUKIS, MENONTON TELEVISYEN, MENYANYI, MELUAHKAN
PERASAAN MELALUI MEDIUM, BERSOLAT DAN BELAJAR PERKARA BARU.


2) KURANG BERCAKAP. BANYAK BERCAKAP MENIMBULKAN FITNAH.
BANYAK BERCAKAP BAKAL TIDAK KITA TAHU MENGGURIS PERASAAN ORANG LAIN.


3) BERSAMA KELUARGA. HANYA KELUARGA. KELUARGA ANDA SANGAT BERHARGA!
HANYA MEREKA SAHAJA YG KENAL DIRI ANDA SEBENAR. DAN TAHU ISI HATI
DAN PERLAKUAN ANDA SAMA ADA BAIK ATAU BURUK. BERSAMA ANDA SEMASA SUSAH DAN SENANG. MENYAKITI HATI ANDA DAN MEMULIHKANNYA SEMULA KERANA MEREKA TERSILAP BAHAWA ANDA SEBENARNYA ADALAH AHLI KELURGA MEREKA.

4) SENTIASA MEMEGANG TEGUH PRINSIP HIDUP SAYA DIMASA-MASA LALU.
BIAR IA BUKAN MENJADI PILIHAN ORANG LAIN KERANA PRINSIP HIDUP
INI YG MEMBAWA SEGALA KEJAYAAN YG SAYA ADA WALAU SEDIKIT CUMA.



KITA TAK perlukan ramai org pun utk memahami KITA.

TAPI KITA PERLU FAHAMKAN YG LAIN TENTANG PRINSIP HIDUP KITA.

APA PRINSIP HIDUP ANDA?

MANUSIA PERLU SALING cukup hanya faham apa yg ANTARA MEREKA buat. tak pernah ada niat buruK.


apa yg ANDA boleh buat. dan apa yg ANDA x boleh buat.

Yang KITA boleh buat. KITA SELALU DAN SEBENARNYA sentiasa ada pandangan yg berbeza dari orang lain. JANGAN MENIPU DIRI SENDIRI.

DAN KITA HORMAT PANDANGAN ORANG LAIN.

DAN ORANG HORMAT PANDANGAN KITA. TERIMA SECARA TERBUKA.

ADAKAH ANDA MAHU HIDUP ANDA DIPENGARUHI "grouping norms"?


Prinsip hidup KITA:

BEBAS.

KITA SEPATUTNYA sukakan kebebasan.

KITA SEBENARNYA MEMANG.

BERHARAP

KEBAIKKAN DARI ORANG LAIN.

SEKIRANYA KITA ADA SEDIKIT KEBAIKKAN. WALAU SEDIKIT.

DAN KITA BERHARAP HORMAT MENJADI AMALAN KITA.

SEDARKAN DIRI KITA BAHAWA SETIAP ORANG PUNYA POTENSI.

WALAU KECIL ATAU BESAR.

WALAU MISKIN ATAU KAYA.

WALAU BURUK RUPA.

SETIAP ORG. SEHARUSNYA. TAHU. MENGEKSPERSIKAN DIRI SENDIRI.

DAN TAK PERLU MUDAH TERPENGARUH DENGAN ORANG LAIN.

DONT PUT YOUR MIND IN NORMS GROUP.

IN THIS WORLD. BEAR IN MIND.

THAT NOTHING CAN PREVENT YOU!

CLEARLY EXPRESS IT.

DONT TALK IT BEHIND.

THIS THING. MAYBE MIGHT SEEMS POEPLE DONT LIKE YOU.

BUT TRUST ME. SOMEDAY, THEY WILL UNDERSTAND.

ON TO WHAT IS YOUR JUSTIFICATION.

WE KNOW. AND ALWAYS KNOW.

SOME POEPLE LIKE BLAMING.

WHEN THERE IS SOMETHING HAPPEN BECAUSE OF YOU.

WHEN THERE IS SOMETHING YOU DONE IN THE PAST.

BUT SHOULD THEY LEARN FROM IT.

OR JUST MAKE IT WORST. BY ARGUING THAT,

IS WASTE OF TIME.

WHAT CAN THEY DO IS ACTUALLY.

BRINGS SOME MOTIVATION

TOWARDS PEOPLE.

BRINGS SOME GOOD ADVICE.

IN A GOOD MANNER AS A HUMAN BEING WHO ARE ALWAYS MAKE MISTAKE.

TRUST ME. SOME OTHER TIME OR EVEN IN FUTURE.

PEOPLE ALWAYS MAKE MISTAKES.

DONT DENY IT. N DONT. PLEASE DONT. LOOK DOWN FOR THOSE WHO MAKE MISTAKE.

SHOULD YOU BE A HUMAN.

IS ONLY. PRAYING TO ALLAH.

REGRETING YOUR MISTAKE.

MINTAK KEAMPUNAN.

BE OPEN MINDED.

BECAUSE.

WE ALL ARE NOT PERFECT.

I AM NOT PERFECT. I ADMITTED THAT.

BUT DO YOU ADMITTED THAT YOU ALSO MAKE MISTAKE??


WE KNOW WHAT WE WANT n WHAT WE SHOULD DO!


Thursday, April 14, 2011

Kisah Peguam Yang Bengong Cara Peguam MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan

Cara Peguam

MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh"


Peguam yang pemurah.

Sebuah jabatan kebajikan masyarakat di kuala lumpur menyedari bahawa mereka tidak pernah menerima derma dari peguam terkemuka di kota tersebut. Pengarahnya mengarahkan orang yang bertugas sebagai pemungut derma pergi ke pejabat peguam tersebut untuk memujuknya mengeluarkan derma.

“Daripada kajian yang kami jalankan mendapati, daripada pendapatan tahunan awak yang berjumlah RM500,000, tiada satu ringgit pun yang awak dermakan” kata pemungut derma tersebut.

Peguam tersebut terdiam seketika dan menjawab “pertama sekali adakah kajian awak ada menyatakan yang ibu saya meninggal dunia selepas lama diserang penyakit dan mempunyai bil perubatan yang berkali – kali ganda daripada pendapatan tahunannya?”

Pemungut derma termalu dan berkata “umm...tidak”

Peguam tersebut berkata lagi “ataupun abang saya seorang bekas perajurit, buta dan terpaksa menggunakan kerusi roda”

Pemungut derma mula ingin meminta maaf tetapi peguam tersebut meneruskan kata – katanya “ataupun adik perempuan saya yang kehilangan suaminya yang terlibat dalam kemalangan dan meninggalkannya tanpa sesen pun beserta 3 orang anak untuk disara”

Malu dan tertewas, pemungut derma pun berkata “ saya minta maaf, saya tidak tahu”
dan akhirnya peguam tersebut berkata lagi “jadi jika mereka pun saya tak bagi duit, kenapa saya patut bagi kepada awak?”



kisah lucu peguam dan doktor


Seorang doktor dan peguam sedang bersembang di sebuah parti.

Perbualan mereka sering terganggu oleh orang-orang yang berada disana menceritakan penyakit mereka dan meminta doktor untuk memberi nasihat kesihatan secara percuma.


Setelah satu jam berlalu, doktor yang keletihan itu bertanya kepada peguam, "Apa yang anda lakukan untuk menghentikan orang-orang dari meminta nasihat undang-undang kepada anda apabila anda keluar dari pejabat?"


"Saya memberikan nasihat kepada mereka," jawab peguam, " tapi selepas itu saya hantar bil kepada mereka."


Doktor itu terkejut, namun bersetuju untuk mencubanya.


Keesokan harinya, walaupun masih merasa sedikit bersalah, doktor menyiapkan bil untuk dihantar kepada orang yang meminta nasihat tentang kesihatan kepadanya.


Ketika ia pergi hendak memasukkan surat kedalam peti suratnya, ia terjumpa bil yang di hantar dari peguam kepadanya


Thursday, March 31, 2011

cara menghilangkan kekecewaan dan kesedihan

kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.



5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…



6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.



Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.



Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.



7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.



Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.



Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.



Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.



Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya

Thursday, March 24, 2011

kUCInG--KuCing..KuciNG..Mari Lihat KuciNg.meow

Sape suke kucing angkat kaki sambil meow-meow..hahaha,,Bnyak org suke kucing.

saya suke kucing. kucing suka saya. kitorang sama2 suke. hahaha..

meh la lihat kucing2 dalam koleksi laptop saya.



































zaman itu..impian dan harapan.

zaman itu. zaman yg seronok.

zaman belajar yg paling bahagia, bila kita berusaha dgn niat yg suci murni.

zaman dimana kita peroleh apa yg kita usahakan.

zaman dimana cabaran dtg. zaman dimana kita berdoa siang dan malam.

maka, sudah tentu, kita rasa bahagia yg amat sgt. rasa seperti mahu menangis.


Kini, walaupun cabaran semakin hebat. Zaman kekalutan dan wajah sebenar dunia.

saya cuma berharap. dan punya satu impian.

supaya saya punya seorang teman atau kawan perempuan yg memahami.

seorang saja. cukup.

tapi saya x hensem, x hebat malah x kaya.

jadi saya diamkan je. hehe.

berangan je tau Encik hafizuddin..ish2

:))

Saturday, March 12, 2011

Posting-posting.

Penat aih. hari-hari wat assignment.

hari-hari melayani aduan pelajar dan MPP.

ceq, penat la skunk nie. bila la dpt rehat..

nk gi chaglun.

nak makan-makan.

nak berhibur.

Betullah tu. terima je lah

dulu masa takde jawatan merungut bosan.

sila galas tanggungjawab anda sebaik mgkin.

Haish..(-- --) nak makan aiskrim lah.

Thursday, March 3, 2011

INI APA YANG SAYA NAK!

DALAM DUNIA NIE ADA PELBAGAI KEHENDAK.

ANTARANYA IALAH: RUMAH BESAR

KERETA MEWAH

JAWATAN MEGAH

PENGHORMATAN TAK TERBATAS

POPULARITI


SEMUA INI SENTIASA DIFIKIRKAN MANUSIA AKHIR ZAMAN.

TAPI SAYA TIDAK MAHU SEMUA INI.

KERANA INI APA YANG SAYA NAK SEBENARNYA!:



KELUARGA YANG BAHAGIA

PEKERJAAN YANG DAPAT MENJAMIN MASA DEPAN

SIKAP ISTIQAMAH DALAM BERIBADAT

HIDUP YANG MENCUKUPI.


ITU SAJA YANG SAYA PERLU.

KERANA, SAYA BELUM DAPAT MENCAPAINYA.

Sunday, February 20, 2011

Apa jadi dengan kehidupan kita??




Sekiranya kehidupan kita tidak berlaku seperti dirancang. Tuhan maha menentukan. hidup selalu penuh drama dan kekecewaan. Lumrah hidup insan..Manusia itu adalah pelakon..dan dunia adalah pentas lakonanya...Maka...


Lihatlah sekitar alam

Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini

Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini

Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri

Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan

Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Lirik lagu by: Shiela Majid. hitam putih kehidupan.
: Pesanan untuk diri sendiri dan rakan-rakan..

Wednesday, February 9, 2011

Ciri - ciri manusia sempurna

Salam satu malaysia..

Adik-adik, akak-akak, abang-abang. pakcik-pakcik, makcik-makcik..

Suka tak jadi sempurna? Mesti sukakan..^^ Sempurna cam nabi..tapi...

Manusia takde yg sempurna macam nabi. apatah malaikat.

Semua org berusaha menjadi sempurna. Tapi apakan daya fitrah manusia mmg dicptakan lemah.

Tiada manusia yg sempurna di dunia ini. Jika ada pun ciri2 sempurna itu pada dirinya..

Pasti ada sesuatu yg tidak sempurna kerana itulah manusia. Manusia bkn nabi. bkn jua malaikat.

Ciri-ciri sempurna dari pandangan saya ialah:



1) Berakhlak baik (ciri utama) cth. seprti bersopan-santun.

2) Beribadat kepada tuhan

3) Mempunyai keluarga bahagia yg prihatin dan harmoni

4) Mempunyai harta mencukupi bagi menjalakan tugas sbg manusia dan beribadat

5) Berpewatakan bersih dan menarik (rupa paras sentiasa dijaga dlm mensyukuri nikmat Allah

6) Mempunyai hubungan yg baik dgn Allah dan Manusia (hablun MinaAllah. HablunminnaNas)

7) Berilmu pengetahuan dunia mahupun akhirat


Itulah ciri2 manusia yg saya anggap sempurna.

Mgkin antara kita berusaha mencapai semuanya. Ada juga manusia yg sekadar memilik satu

atau dua sahaja ciri-ciri itu.

Namun jika berusaha tidak menacapai semuanya.

Kita harus bersyukur.

Bersyukur bukanlah reda kepada keburukan yg ada. tetapi terus berusaha mncapai

tingkat kemanusiaan tertinggi dan syukur terhadap semua kelebihan yg dimiliki

kerana itu adalah erti sykur yg sebenar. Seperti yg tercatat

dalam buku menakjubkan (The Quranic Law of Attraction) yg saya baca ttg erti syukur

kerana manusia sering mensalah tafsir erti syukur.

Ciri-ciri sempurna yg dinyatakan. Hanyalah pandangan saya semata-mata

: Sila berikan komen jika ada ciri-ciri yg kamu rasa patut ada bagi seorang manusia sempurna ^^

Assalamualaikum..

Tuesday, February 1, 2011

Kenapa tah saya ambil bidang undang-undang?? layak ke?

Hoi..hoi..hoi.. asallamaulaikum..walaikumsalam..( sure la jawab sendirik cam lah ade org jawab

kan..huhu. sedih..=( . Posting baru nih. cepat la tgk..cepat la..(merayu dgn sepenuh hati dgn

harapan org klik nufnnang, muehehe)


Ok lah. korang, posting baru nie cam poyo je kan. meh sini nak gtaw reason nape saya posting cenggini.



Reason 1) saya nak tanya diri sendiri kenapa saya amik law. minat kew atau saje2 je.

Reason 2) nak tau sama ada saya nie boleh ke jadi loyer. majistret..dokter muehehe..

Reason 3) asal-usul cmne leh tercampak dlm bidang loyer nih.

Reason 4) Konon bajet hot la nak ambil law supaya leh pikat gurlz yg materialistik. (gile ke hape.
sumpah ler aku tipu. hehe)



Kisah Ibu Mertuaku=

" Siapa itu Kasim Selamat?? Loyer? Majistret? Doktor?? Ape?
Ahli Muzik?? pantang keturunan nenek moyang aku ahli Muzik! "


Sengal kan nenek dalam cter P. Ramlee nie. nampak sgt materialistik kan. kan?



Mak aku cakap=

" Apa? ko nak jadik cikgu?? Ko ajar tusyen pun dah mengeluh. nak jadik cikgu.

Abang, ko amik bdang law. mak suke kau jadi loyer cam pakcik dan makcik

kau. nanti dpt duit banyak. leh tolong adik-adik lain. leh wat rumah banglo

15 tgkat utk mak. Ko x sayang mak?"



muehehe. sumpeh ler ayat yg banglo tu aku tipu. mak aku baik. cantik dan tak materialistik dow.





Mohamad Hafizuddin=

Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Hons), UUM atau rgkasnya

L.L.B (hons). nilah kos saya amik skarang. amik ktne? UUM.

Ape korang igt UUM cikai ke, UM. UIAM, UKM je ade law? gtu?

ner ade..kos kami sekarang dah dapat pengiktirafan dripada Bar Council

tawu, Tan sri Abdul Ghani Patail pon dah wat lawatan ke sini dan

dah sahkan kos law kt sini dah diiktiraf keyh. Korang kenal tak sape

Tan Sri nie? dialah Peguam Negara kalau kau nak tawu. Ape ko tak

tau Peguam Negara tu apa? Bek ko jgn jadik rakyat Malaysia. muehehe.



Ok lah maleh nk mengomel cam mak ayam. just nk gtaw asal-usul dulu cner leh amik law.




Tgkatan 3:

ok lah. time nie sume org tgh pening nak amik aliran ape kan, dak2 sekolah bru nek

menengah atas mmg sweet dan tak tau ape2. hehe. (korang pun cmtu gak.)

Oleh kerana result aku cukup makan jer. maka jgn harap ler aku apply MRSM kan.( aku x

pandai. aku x pandai.) mule2 amik kelas seni ( sure lah nak amik. sbb aku suka melukis dow.

cita-cita= nak jadi pelukis atau arkitek. (pernah menang tempat ketiga peringkat negeri Pulau

Pinang kowt.)

then, aku x tahan ngn dak2 nakal tu. jump gi kelas akaun. (lagi x ley blah. cikgu garang nak mpus

+ ngn matematik n nombor2 yg mmg aku lembap skit nk mengira tuh.) jump kelas sains tulen.

(amik la segala mak fizik, bio, kimia, add math. konon2 nk jadi dokter ler.) pastu result SPM x

leh blah. muehehe.



Tgkatan 5:

dok amik sains tulen tu. target 7 A. target nk jadik dokter. padahal takut darah.

oleh kerana tensen amik bidang dokter nie. (sains tulen la) maka aku amik seni

wat tmbahan. sambil2 join dak seni yg mmg nakal tapi baik hati tu. Drg mmg bagus

ar. jahat2 drg. drg nak gak kawan ngn org x cam dak sains tulen yg suke pilih bulu tu

masa ni tak terpikir lgsung nak amik law. then bila result dak kuar. hampeh sume

subjek sains tu. yg ok Sejarah, English, Seni, BM, Geo, nampak sgt aku otak sastera

sbnrnya. (law tu dikira bidang sastera taw. sastera ikhtisas)



Lepas habis SPM:

tibe2 minat nak amik law. cite2 nak jadi pelukis, arkitek, doktor sume terpaksa dilupakan. huhu.

aku tgk law ni leh dpt bnyak duit. ciss. bkn duit je lah. kerjaya law nie cam best la. lagipun aku

nk bina confident cam loyer2 tu sume. muehehe. So? so sweet. so aku pun apply law. segala mak

nenek asasi UITM, law. x dapat la. sure x dapat result bese2 je.

then aku apply kolej swasta yg tumbuh bagai cendawan lepas hujan tuh. bnyak ar, sume bdang

law, last sekali dapat Kolej Cybernetics. amik law bwah kerjasama ngn UDM. siap ada syariah

lagi tu. hehe. (bajet alim). Dah telepon sume. beli baju. beli barang.




tibe-tibe: (pakcik aku yg loyer tu)

" kau jgn masuk kolej tu kalau nk amik law. takut tak diikitraf

je." terkedu aku..huhu. dah semangat nih. " kau amik la form 6. pastu smbung law"

cmne. cmne. dhler aku x daftar form 6. org dah blaja 2 bulan dah. bru terhegeh2 nak masuk.

padan muka aku. (orang kata form 6 tak best sbb kene pakai baju sekolah balik. )hehe.




Form 6:

tibe2 rajin giler. semangat nih. semangat. nak amik law. Kuar result. cantekkss..tibe-tibe...

tibe-tibe. apply pendidikan dalam BM (cikgu BM la kira. ) dapat. lepas semua MEDSI,

INTERVIEW. dapat Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu sbgai

Bahasa Pertama. Kt UPM lagi tuh. tapi aku tolak. sbb nak amik law. (surelah dlm borang tu tulis 5 bijik

kos law kt UUM,UM,UKM,UIA,UITM. dapat UUM. ok lah tu.



Sekarang. UUM=
yeah. dok amik LAW. bngga siot. bngga ke pis? Susah ko tawu tak. sedih nie. =(


Kesimpulanya: mula2 cite-cite aku.
1)Pelukis->Fashion Designer->Arkitek->Doktor->Cikgu->Peguam.

tahla, ok la law, loyer nmpak garang sket. muehehe.

oklah bila dah amik law. sekarang konfius plak. bdang law ade bnyak pecahan lagi

Loyer-->Majistret-->Pendakwaraya-->Legal Advisor--> Admin law-->Lecturer law-->Polis

Konfius2. nanti lah aku pikir. Haish..(-- --)