Friday, November 2, 2012

1st GA Kumbang Jingga

GiveAway !!..


   GiveAway!!.....


     (eh kenapa tiba2 syok semacam nih? ==")



Hahaha..by the way, korang nampak tajuk kt atas tu..1st GA Kumbang Jingga.



Yeay, kumbang jingga nak bagi hadiahh.





so sape-sape yg lucky menang contest tu akan dapat ni haa..



tadaaa....







sebuah ciuman berdarah dari encik Kumbang Jingga. hahaha!




hahaha..tipu je...sebenarnya bukan ciuman berdarah la... tapi dapat novel super best la. 




ni haa..




tadaa...




hahaha....ko ade? ko ade? best woo novel ni...Si Matt Romeo nih mesti berangan nak kawen 3 ke 4 kan..



ha. yg itu kita tak tau... so...


kalau nak menang novel ni.. ape tunggu lagi.    pergilah lah cari di kedai-kedai buku berhampiran anda..haha



ok serius. ==".   


So... kalau nak menang jom la join contest encik Kumbang Jingga yg maha comel ini.




ni ha linknya....





jom kengakawan. pakat2 join na...


ok bye!



(P/S : harap2 encik kumbang jingga bagi aku menang. hihihih. )

Sunday, October 28, 2012

eksiden lagi dan lagi dan lagi...




mornink.......


     semalam saya telah terlibat dalam satu kemalangan..(skemanyer) bahasa pendek eksiden. tak tau camne


leh eksiden. padahal saya ni cekap bwak moto. cekap ke? ==" .


kebetulan saya x balik raya.. stay di kolej seorang diri.. di uum tercinta. basically semua kedai makanan


tutup. jadi saya terpaksalah keluar mencari makanan menaiki moto ke luar..area changlun.


kebetulan jalan gelap dan onthe way balik. saya bawak laju sebab dh lapar nk cepat makan.


tup2 time belok di selekoh nk masuk kolej, moto saya terseret dan saya jatuh ke tengah jalan.


pasir rupanya.. malang tul nasib saya malam semalam.


tapak tangan luka teruk. lutut pon luka gak.  huhu ( T_T)


cerita bab2 eksiden ni sebenarnya saya dah biasa.


dulu saya eksiden lagi teruk. masa tu naik kereta dengan ayah.


kereta terbabas dan langgar pembahagi jalan di highway sg. petani.


ayah saya meninggal di tempat kejadian dan saya patah tulang tengkuk.


10 hari saya di icu dan 3 bulan rawatan susulan... lama kan.


nasib baik saya masih muda. jadi cepat sembuh. tapi saya terkilan juga dan sedih


sebab ayah meninggal kerana eksiden.


takpelah..ajal maut di tangan tuhan. benda dah lama saya dah redhakan...


kerana eksiden adalah benda yg berlaku hari2..


dan menjadi perkara biasa.


takpe.. saya harap saya x cuai lagi lepas ni.


bye2.



#masa dok taip ni tangan masih sakit dan berbalut. tapi kena taip gak. sebab nanti blog saya bersawang. ;-)

Saturday, October 27, 2012

3 hal penting yang setiap manusia harus tau...

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Wednesday, October 17, 2012

kaitan facebook dengan stress

Kebelakangan ini facebook menjadi sangat x best.


pertama: mungkin sebab aku sendiri yg stress. bukak facebook tgk status org yg sentap. jadik stress.



kedua: kebelakangan ini aku sering mengamuk kat facebook. stress sgt. dgn kawan2. family, pelajaran.

            macam x elok pulak kan meluahkan segala stress tu dekat faceboo. sgtlah lah x professional.



ketiga: stress sebab ramai2 kawan2 mula mengupload gambar2 konvokesyen. sedangkan aku masih belajar

           lagi kat uum. dh masuk tahun keempat dah ni. sgt stress. nak cepat2 kerja. huhuhu..




keempat: stress sebab x de awek lagi padahal dah final year. bukak facebook. xde awek2 pun add. stress.




kelima: stress sgt dgn notifications bagai kat facebook tu. rasa cam nak bagi pelempang je kt sape yg hantar.
          
            ishhh...





* Kalau boleh nak tgk gak blogger2 yg update camne nak tangani stress. kbye.