Thursday, March 31, 2011

cara menghilangkan kekecewaan dan kesedihan

kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.



5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…



6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.



Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.



Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.



7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.



Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.



Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.



Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.



Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya

Thursday, March 24, 2011

kUCInG--KuCing..KuciNG..Mari Lihat KuciNg.meow

Sape suke kucing angkat kaki sambil meow-meow..hahaha,,Bnyak org suke kucing.

saya suke kucing. kucing suka saya. kitorang sama2 suke. hahaha..

meh la lihat kucing2 dalam koleksi laptop saya.



































zaman itu..impian dan harapan.

zaman itu. zaman yg seronok.

zaman belajar yg paling bahagia, bila kita berusaha dgn niat yg suci murni.

zaman dimana kita peroleh apa yg kita usahakan.

zaman dimana cabaran dtg. zaman dimana kita berdoa siang dan malam.

maka, sudah tentu, kita rasa bahagia yg amat sgt. rasa seperti mahu menangis.


Kini, walaupun cabaran semakin hebat. Zaman kekalutan dan wajah sebenar dunia.

saya cuma berharap. dan punya satu impian.

supaya saya punya seorang teman atau kawan perempuan yg memahami.

seorang saja. cukup.

tapi saya x hensem, x hebat malah x kaya.

jadi saya diamkan je. hehe.

berangan je tau Encik hafizuddin..ish2

:))

Saturday, March 12, 2011

Posting-posting.

Penat aih. hari-hari wat assignment.

hari-hari melayani aduan pelajar dan MPP.

ceq, penat la skunk nie. bila la dpt rehat..

nk gi chaglun.

nak makan-makan.

nak berhibur.

Betullah tu. terima je lah

dulu masa takde jawatan merungut bosan.

sila galas tanggungjawab anda sebaik mgkin.

Haish..(-- --) nak makan aiskrim lah.

Thursday, March 3, 2011

INI APA YANG SAYA NAK!

DALAM DUNIA NIE ADA PELBAGAI KEHENDAK.

ANTARANYA IALAH: RUMAH BESAR

KERETA MEWAH

JAWATAN MEGAH

PENGHORMATAN TAK TERBATAS

POPULARITI


SEMUA INI SENTIASA DIFIKIRKAN MANUSIA AKHIR ZAMAN.

TAPI SAYA TIDAK MAHU SEMUA INI.

KERANA INI APA YANG SAYA NAK SEBENARNYA!:



KELUARGA YANG BAHAGIA

PEKERJAAN YANG DAPAT MENJAMIN MASA DEPAN

SIKAP ISTIQAMAH DALAM BERIBADAT

HIDUP YANG MENCUKUPI.


ITU SAJA YANG SAYA PERLU.

KERANA, SAYA BELUM DAPAT MENCAPAINYA.