Sunday, October 28, 2012

eksiden lagi dan lagi dan lagi...




mornink.......


     semalam saya telah terlibat dalam satu kemalangan..(skemanyer) bahasa pendek eksiden. tak tau camne


leh eksiden. padahal saya ni cekap bwak moto. cekap ke? ==" .


kebetulan saya x balik raya.. stay di kolej seorang diri.. di uum tercinta. basically semua kedai makanan


tutup. jadi saya terpaksalah keluar mencari makanan menaiki moto ke luar..area changlun.


kebetulan jalan gelap dan onthe way balik. saya bawak laju sebab dh lapar nk cepat makan.


tup2 time belok di selekoh nk masuk kolej, moto saya terseret dan saya jatuh ke tengah jalan.


pasir rupanya.. malang tul nasib saya malam semalam.


tapak tangan luka teruk. lutut pon luka gak.  huhu ( T_T)


cerita bab2 eksiden ni sebenarnya saya dah biasa.


dulu saya eksiden lagi teruk. masa tu naik kereta dengan ayah.


kereta terbabas dan langgar pembahagi jalan di highway sg. petani.


ayah saya meninggal di tempat kejadian dan saya patah tulang tengkuk.


10 hari saya di icu dan 3 bulan rawatan susulan... lama kan.


nasib baik saya masih muda. jadi cepat sembuh. tapi saya terkilan juga dan sedih


sebab ayah meninggal kerana eksiden.


takpelah..ajal maut di tangan tuhan. benda dah lama saya dah redhakan...


kerana eksiden adalah benda yg berlaku hari2..


dan menjadi perkara biasa.


takpe.. saya harap saya x cuai lagi lepas ni.


bye2.



#masa dok taip ni tangan masih sakit dan berbalut. tapi kena taip gak. sebab nanti blog saya bersawang. ;-)

No comments: