Sunday, September 11, 2011

Tips menjadi lelaki kacak lagi disayangi ramai..

Salam semua. Malam ni saya nak menghapdet sikit tentang cara

bagaimana kita boleh menjadi lelaki kacak lagi disayangi ramai.

siapa yg xnak jadi kacak kan? dahla kacak disayangi ramai pulak tuh.

haha. cmne tuh? best tak lagi best bila ramai perempuan suka sgt nak

kawan dengan kamu. rasa "hot" yg amat je. Haha. takde lah.

maksud saya disini kalau kita tahu bagaimana caranya

nak menjadi lelaki kacak lagi disayangi ramai kita kenalah berusaha

untuk kearah itu ye tak? maknanya kalau kita yg takde gilfren

ni. tiba2 nak ada gilfren tapi pompuan pon taknak kawan kt kita

maka, macam mana hidup kita sebelum ni sunyi. macam tu lah sampai bila2.

Kerana apa? kerana perempuan sememangnya akan pertama kali

tertarik pada rupa paras yg kacak + attitude yg baik. itu lumrah.

Disini saya ada beberapa tips utk dikongsikan dengan pembaca

khususnya para lelaki..tips,, bagaimana mahu menjadi lelaki kacak

lagi disayangi ramai.





1) Jaga kebersihan wajah anda.

Sememangnya kebersihan wajah ada permulaan kepada wajah yang kacak.

kalau wajah kita tak bersih.. maka sudah tentu kita takkan menjadi kacak.

pakai produk pencuci muka yg bersesuai dengan kulit kita dan kenalpasti kondisi wajah kita

samada berminyak, berjerawat , berparut atau tidak. zaman sekarang dah banyak produk2

penjagaan wajah khusus lelaki. dari yang murah sehingga yg mahal. yang paling penting. produk

itu harus ada kualiti. kerana kita bukan nak kacak sementara shaja. kalau boleh gunakan toner

dan pencuci muka yg sejuk. supaya kulit muka kita tak sensitif dan sentiasa segar. apa kegunaan toner?

ianya menjadikan kulit kita bebas jerawat, minyak berlebihan dan ton kulit sekata.

lelaki tak semestinya kena memutihkan kulit. tetapi ton kulit yg sekata itu yg lebih penting bagi

lelaki sejati. Kalau ada jambang, janggut atau misai baiklah trim cantik2 kalau tak. baik tak payah ada. tuan2





2) Kebersihan Tubuh badan

Selain kebersihan muka, kebersihan badan juga penting. tak guna muka kacak badan berbau dan melekit.

gunalah sabun mandian yg ada skrub dan wangi kerana kulit badan lebih kasar berbanding muka.

jangan lupa guna deodoran atau minyak wangi atau bedak talkum. Mana2 satu terpulang pada anda.

kalau nak pakai sekaligus pun boleh. hehe. jangan lupa potong kuku, cukur bulu berlebihan dan mandi

secukupnya.



3) Kebersihan pakaian

Selain dari kedua2 diatas, kebersihan pakaian juga penting. sebab pakaian yg ktor punca segala

penyakit kulit. kalau kamu rasa mesin basuh basuh baju x bersih, maka eloklah kamu cuci pakai tangan.

kerana lebih bersih dan puas hati. seeloknya guna sabun yg bersifat cecair kerana tak berbau dan

tak merosakkan baju.




4) Kebersihan tempat tinggal

Tempat tinggal juga punca masalah pada wajah dan tubuh badan kita. pastikan tempat tinggal bersih.

terutamanya bilik tidur kita. cuci sarung bantal dan selimut. lap tingkap dan mop lantai. habuk2 dan

kekotoran itu akan menjadikan kulit kita rengsa dan senang terkena jangkitan kuman pada kulit..




5) Jaga pemakanan.

Nabi pernah pesan bahawa perut adalah punca segala penyakit. Maka jaga pemakanan anda.

kalau taknak muka berminyak, jangan bnyak makan makanan bergoreng atau berminyak.

banyakkan makan buah dan sayur kerana nutriennya dapat menyegarkan wajah serta awet muda. minum air

secukupnya supaya pelancaran darah lancar dan memudahkan pembuangan sisa2 toksik dalam badan kita.

darah lncar,wajah pun segar. serta jangan lupa utk mengelakkan terlalu makan banyak nasi dan ais,

kerana ia punca badan gemuk dan perut buncit. ambil nasi sekadar mencukupi. gantikan dengan protein dan

kabohidrat lain seperti roti, susu serta gandum.



6) Bersenamlah.

Bersenam dapat menjamin tubuh badan yang fit, sihat dan bertenaga. kalau rajin pergilah ke gym utk

membentuk otot yg lebih sasa, jangan biarkan tubuh kita x sihat dan x bertenaga. confirm tak kacak.




7) Senyumlah.

Selain cara2 diatas senyum merupakan satu kaedah supaya org menyedari kekacakan diri kita.

bukan sekadar kekacakn wajah tetapi mebawa mesej bahawa betapa kacaknya hati kita

kerana tak kedekut memberi senyuman kepada org lain, muka yg tersenyum itu adalah lebih kacak.

maka kadangkala kalau wajah kita sudah kacak tetapi malas senyum, maka org takkan perasan

bahawa kita kacak. org x sayang, malah menyampah dengan kekacakan kita.




8) Perbaiki hati.

Hati seorang yang kacak sejati haruslah sentiasa bersih dari segala hasad dengki, permusuhan dan

kejahatan. sebabnya walaupun wajah kita kacak tetapi kalau hati kita tak bersih, maka

lambat laun org akan tau, bahawa kita ini tidaklah kacak sebenarnya. tetapi seorang yang kacak

dngan hati yg busuk. Orang kacak haruslah seiring dengan hati yang bersih.





9) ambil tahu serba sedikit tentang fesyen.

bukanlah perlu berfesyen ala model catwalk atau model iklan majalah sentiasa. tetapi ambil tahu

tentang fesyen apa yg sesuai dengan ketinggian, warna kulit, potongan dan trend semasa.

Janganlah muka dah kacak tapi pakai macam pakcik tukang kebun atau pakai pakaian

yg sesuai utk orang tua serta sesuai utk dibuang. Seorang lelaki juga harus ada baju formal utk dipakai

serta sesuai dengan majlis. tak perlu mahal, tetapi carilah yg sesuai dengan bajet kita, warna kulit kita serta

cuaca negara kita.



10) Solatlah.

Solat merupakan elemen penting untuk hati dan kesannya dalam hidup kita.

hati yang tenang serta amalan solat yang konsisten akan menghasilkan seorang lelaki kacak yg disedari

ramai kekacakannya hati dan wajahnya. ini semua berkat air wuduk yg memberi nur cahaya pada wajah kita

serta gerakan solat yang menjaga postur serta ketenangan hati kita kearah menjadi seorang kacak

yg disayangi serta disanjungi.





11) Berilmu pengetahuan

tak semestinya kita kena ambil phd atau menjadi seorang professor. cukup jika kita bukanlah

orang yg terlalu cetek pengetahuan, rajinlah membaca serta bergaul dengan orang berilmu. kerana kajian

menunjukkan bahawa wanita lebih tertarik dengan lelaki yang berpengetahuan berbanding

si wajah kacak yg " kosong" otaknya.



12) Jaga tingkah laku

wajah yg kacak harus juga seiring dengan tingkahlaku yang terbaik lagi ada kelas.

jaga bahasa anda, pergaulan anda, cara anda mempersembahkan diri anda di khalayak , adab makan.,

adab berkawan serta adab dengan ibubapa serta orang tua. rajinlah membantu org lain serta kekalkan imej

 lelaki sejati ..ingat lelaki kacak yg disayangi ramai ialah lelaki yg mempunya pakej yg lengkap.


Sekian sahaja tips saya diatas.

saya bukanlah seorang lelaki yang sangat kacak atau sangat baik.

kerana kacak itu sangat subjektif pada pandangan orang lain.

ada sesetengah orang megatakan lelaki itu kacak kerana dia sasa, tetapi ada juga yg mengatakan lelaki itu

kacak kerana dia bersih dan baik hati.

pokok pangkal pakej kacak sejati haruslah diringi dengan usaha yg jitu serta

imej yg bersih pada pandangan masyarakat.

Selamat Mencuba!

No comments: