Saturday, September 17, 2011

Jom Usha Fesyen Untuk Lelaki Seluruh Dunia..

Salam Bloggers, kali ni saya akan buat sedikit entri dan gambar2 fesyen lelaki seluruh dunia..

Paling utama mestilah kota paris, london, new York, Korea, Jepun dan x lupa juga Malaysia..So kita enjoy the

show! mana tau dapat inspirasi.. hehehe~ kebanyakkan gambar saya ambik ialah gambar fashion on the street..

sebab fesyen macam ni praktikal sikit utk dibuat contoh sebagai inspirasi..

1) PARIS


AMBOI TINGGINYA KASUT!



FASHION BERLAPIS..


2) MILAN


STAIL PAKAI MAFLA DGN JAKET

Office Hour..

3) KOREA


kasual style..

high street..
full jacket..

4) New York




5) JAPAN






6) Malaysia





Hah.. yang tu je la kot..semestinya tak mewakili seluruh dunia..ada lagi kota fesyen yg saya lom letak. nanti 

lah. len kali plak..hihi..

bersambung...

Sunday, September 11, 2011

Tips menjadi lelaki kacak lagi disayangi ramai..

Salam semua. Malam ni saya nak menghapdet sikit tentang cara

bagaimana kita boleh menjadi lelaki kacak lagi disayangi ramai.

siapa yg xnak jadi kacak kan? dahla kacak disayangi ramai pulak tuh.

haha. cmne tuh? best tak lagi best bila ramai perempuan suka sgt nak

kawan dengan kamu. rasa "hot" yg amat je. Haha. takde lah.

maksud saya disini kalau kita tahu bagaimana caranya

nak menjadi lelaki kacak lagi disayangi ramai kita kenalah berusaha

untuk kearah itu ye tak? maknanya kalau kita yg takde gilfren

ni. tiba2 nak ada gilfren tapi pompuan pon taknak kawan kt kita

maka, macam mana hidup kita sebelum ni sunyi. macam tu lah sampai bila2.

Kerana apa? kerana perempuan sememangnya akan pertama kali

tertarik pada rupa paras yg kacak + attitude yg baik. itu lumrah.

Disini saya ada beberapa tips utk dikongsikan dengan pembaca

khususnya para lelaki..tips,, bagaimana mahu menjadi lelaki kacak

lagi disayangi ramai.





1) Jaga kebersihan wajah anda.

Sememangnya kebersihan wajah ada permulaan kepada wajah yang kacak.

kalau wajah kita tak bersih.. maka sudah tentu kita takkan menjadi kacak.

pakai produk pencuci muka yg bersesuai dengan kulit kita dan kenalpasti kondisi wajah kita

samada berminyak, berjerawat , berparut atau tidak. zaman sekarang dah banyak produk2

penjagaan wajah khusus lelaki. dari yang murah sehingga yg mahal. yang paling penting. produk

itu harus ada kualiti. kerana kita bukan nak kacak sementara shaja. kalau boleh gunakan toner

dan pencuci muka yg sejuk. supaya kulit muka kita tak sensitif dan sentiasa segar. apa kegunaan toner?

ianya menjadikan kulit kita bebas jerawat, minyak berlebihan dan ton kulit sekata.

lelaki tak semestinya kena memutihkan kulit. tetapi ton kulit yg sekata itu yg lebih penting bagi

lelaki sejati. Kalau ada jambang, janggut atau misai baiklah trim cantik2 kalau tak. baik tak payah ada. tuan2





2) Kebersihan Tubuh badan

Selain kebersihan muka, kebersihan badan juga penting. tak guna muka kacak badan berbau dan melekit.

gunalah sabun mandian yg ada skrub dan wangi kerana kulit badan lebih kasar berbanding muka.

jangan lupa guna deodoran atau minyak wangi atau bedak talkum. Mana2 satu terpulang pada anda.

kalau nak pakai sekaligus pun boleh. hehe. jangan lupa potong kuku, cukur bulu berlebihan dan mandi

secukupnya.



3) Kebersihan pakaian

Selain dari kedua2 diatas, kebersihan pakaian juga penting. sebab pakaian yg ktor punca segala

penyakit kulit. kalau kamu rasa mesin basuh basuh baju x bersih, maka eloklah kamu cuci pakai tangan.

kerana lebih bersih dan puas hati. seeloknya guna sabun yg bersifat cecair kerana tak berbau dan

tak merosakkan baju.




4) Kebersihan tempat tinggal

Tempat tinggal juga punca masalah pada wajah dan tubuh badan kita. pastikan tempat tinggal bersih.

terutamanya bilik tidur kita. cuci sarung bantal dan selimut. lap tingkap dan mop lantai. habuk2 dan

kekotoran itu akan menjadikan kulit kita rengsa dan senang terkena jangkitan kuman pada kulit..




5) Jaga pemakanan.

Nabi pernah pesan bahawa perut adalah punca segala penyakit. Maka jaga pemakanan anda.

kalau taknak muka berminyak, jangan bnyak makan makanan bergoreng atau berminyak.

banyakkan makan buah dan sayur kerana nutriennya dapat menyegarkan wajah serta awet muda. minum air

secukupnya supaya pelancaran darah lancar dan memudahkan pembuangan sisa2 toksik dalam badan kita.

darah lncar,wajah pun segar. serta jangan lupa utk mengelakkan terlalu makan banyak nasi dan ais,

kerana ia punca badan gemuk dan perut buncit. ambil nasi sekadar mencukupi. gantikan dengan protein dan

kabohidrat lain seperti roti, susu serta gandum.



6) Bersenamlah.

Bersenam dapat menjamin tubuh badan yang fit, sihat dan bertenaga. kalau rajin pergilah ke gym utk

membentuk otot yg lebih sasa, jangan biarkan tubuh kita x sihat dan x bertenaga. confirm tak kacak.




7) Senyumlah.

Selain cara2 diatas senyum merupakan satu kaedah supaya org menyedari kekacakan diri kita.

bukan sekadar kekacakn wajah tetapi mebawa mesej bahawa betapa kacaknya hati kita

kerana tak kedekut memberi senyuman kepada org lain, muka yg tersenyum itu adalah lebih kacak.

maka kadangkala kalau wajah kita sudah kacak tetapi malas senyum, maka org takkan perasan

bahawa kita kacak. org x sayang, malah menyampah dengan kekacakan kita.




8) Perbaiki hati.

Hati seorang yang kacak sejati haruslah sentiasa bersih dari segala hasad dengki, permusuhan dan

kejahatan. sebabnya walaupun wajah kita kacak tetapi kalau hati kita tak bersih, maka

lambat laun org akan tau, bahawa kita ini tidaklah kacak sebenarnya. tetapi seorang yang kacak

dngan hati yg busuk. Orang kacak haruslah seiring dengan hati yang bersih.





9) ambil tahu serba sedikit tentang fesyen.

bukanlah perlu berfesyen ala model catwalk atau model iklan majalah sentiasa. tetapi ambil tahu

tentang fesyen apa yg sesuai dengan ketinggian, warna kulit, potongan dan trend semasa.

Janganlah muka dah kacak tapi pakai macam pakcik tukang kebun atau pakai pakaian

yg sesuai utk orang tua serta sesuai utk dibuang. Seorang lelaki juga harus ada baju formal utk dipakai

serta sesuai dengan majlis. tak perlu mahal, tetapi carilah yg sesuai dengan bajet kita, warna kulit kita serta

cuaca negara kita.



10) Solatlah.

Solat merupakan elemen penting untuk hati dan kesannya dalam hidup kita.

hati yang tenang serta amalan solat yang konsisten akan menghasilkan seorang lelaki kacak yg disedari

ramai kekacakannya hati dan wajahnya. ini semua berkat air wuduk yg memberi nur cahaya pada wajah kita

serta gerakan solat yang menjaga postur serta ketenangan hati kita kearah menjadi seorang kacak

yg disayangi serta disanjungi.





11) Berilmu pengetahuan

tak semestinya kita kena ambil phd atau menjadi seorang professor. cukup jika kita bukanlah

orang yg terlalu cetek pengetahuan, rajinlah membaca serta bergaul dengan orang berilmu. kerana kajian

menunjukkan bahawa wanita lebih tertarik dengan lelaki yang berpengetahuan berbanding

si wajah kacak yg " kosong" otaknya.



12) Jaga tingkah laku

wajah yg kacak harus juga seiring dengan tingkahlaku yang terbaik lagi ada kelas.

jaga bahasa anda, pergaulan anda, cara anda mempersembahkan diri anda di khalayak , adab makan.,

adab berkawan serta adab dengan ibubapa serta orang tua. rajinlah membantu org lain serta kekalkan imej

 lelaki sejati ..ingat lelaki kacak yg disayangi ramai ialah lelaki yg mempunya pakej yg lengkap.


Sekian sahaja tips saya diatas.

saya bukanlah seorang lelaki yang sangat kacak atau sangat baik.

kerana kacak itu sangat subjektif pada pandangan orang lain.

ada sesetengah orang megatakan lelaki itu kacak kerana dia sasa, tetapi ada juga yg mengatakan lelaki itu

kacak kerana dia bersih dan baik hati.

pokok pangkal pakej kacak sejati haruslah diringi dengan usaha yg jitu serta

imej yg bersih pada pandangan masyarakat.

Selamat Mencuba!

Friday, September 9, 2011

Satu Hari di Hari Raya Satu Hari Di UUM.

Haritu dah raya keenam.

Mood raya masih dok ada lagi. kalau korang dok kt rumah time tu kan ada citer best2 kt TV 3.

macam citer ada kt tv time raya2 tak lain tak bukan citer pontianak, hantu, jembalang, rempit la apakebenda

tapi tetibe aku teringat yg aku kena balik uum. maklumlah ada budak2 yg nak kena " dioreintasikan"

tapi aku malas. memang malas sebenarnya. sebab apa sebab aku memang nak letak jawatan dah.

surat letak jawatan sume dah siap. aku pon dh bincang baik2 dgn mak aku. dia pon setuju. tujuannyer

dia nak anak lelaki dia yg sorang nih tumpu kt pelajaran. al kisahnya nak amik shariah la. sbb skrg aku

kt uum amik sivil law je. nanti aku takleh nak jadi loyer utk makcik2 kt luar sana

yg nak bercerai berai, nak merebut harta warisan, nak tuntut mutaah juta2 dan tah hape2 lagi la.

tapi dalam pada itu, aku dok teringat yg aku kena balik la kt uum sana.

tolong2 apa yg patut. walaupun hati ni memberontak2 sebab kalo boleh aku nak raya sebulan kt umah.

pastu kalau boleh taknak balik2 dah kt uum yg indah permai tu.

tapi aku pikir balik ner leh wat gitu. org undi aku. aku kena tolong bebudak la. takkan nak bior je

dak2 junior tak ketahuan hala kali pertama masuk u.

maka aku pon tggalkan la adik kembar aku yg dh sah2 eksiden tuh.

sian pon ade gak kt dia. aku nak balik awal. dhla dia jarang2 balik sebab dok kt sarawak sana tuh.

maka sebelum balik tu. sempat la aku belanja adik aku dgn kakak aku Mcd. pakai duit yg aku tekan

kt mesin ATM hospital (sambil menjerit sampai makcik cleaner hospital tgk sebab terkejut ada 200 lebih

dalam akaun aku)musihatnya saje nak jaga hati drg sebab time2 raya nilah aku nak wat hal balik uum awal.

so aku pon balik la sebab ada org cakap itu amanah aku kena wat. walaupun aku dah kata yg aku nak letak

jawatan. balik uum.

takde orang. bas takde. junior baru masuk.

aku kena pi dpp dalam.

sampai sana. mintak maaf kt partner sebab lewat. pastu kena suruh duduk kt belakang

oleh presiden dpp yg ala2 sibuk lagi kerek. yg sruh aku ulang alik hnya sebab nk tunjukkan tempat wat

smart card kt bebudak baru. macam hampeh. aku yg pakai blazer dh berpeluh2 bagai

tapi "encik presiden dpp" yg jawatan pada pandangan dia sama taraf dgn MPP tuh dok dalam air cond je.

partner aku pon dh bising2 secara senyap kt aku. kerna beliau yg berpakaian anggun lagi cantik haritu

dah berpeluh2 dok kt kaunter pendaftaran sambil kelaparan sebab tak makan dari pagi.

aku rasa cam nak "penampar" je "presiden" kurang matang nih. tapi memandang bebudak2 len igt aku

ni "pegawai hep' (sebab aku pkai blazer kot) kurang sikit la emosi aku yg tgh meluap2 ni. aku wat jugak la

dok ulang alik tgh panas dgn blazer bagai tuh. sebab aku sedar. ni bukan salah junior2 tapi salah presiden

bongok tuh yg x reti2 nak tambah ajks dia yg berlambak2 tu sampai nak pakai MPP wat balaci dia.

last2 sekali aku dgn partner pon blah dari situ teros gi dewan MAS. lalu kot blakang bukit, tepi sungai uum

yg cantek sampai tercabut kasut tinggi dia yg glamer tu.

sambil kami berjalan tuh. aku dan partner pon berdoa agar mamat presiden tu bertaubat dan lambat laut dia

reti camne nak berkerjasama dengan orang dgn lebih baik dan mesra lagi pasni.

sampai dewan MAS jumpe kengkawan MPP, borak2 pastu aku blah balik sebab kepala dah pening2 dan

teringat yg mak aku yg kol kata adik aku kena "operate" sebab otot ligamen dia sebenarnya terkoyak

walaupun masa hari raya harituh x nampak luka apa kt luar.

tensen aku. dah la pagi tu panas. petang hujan lebat. bas lembap. jumpa presiden kejam. kepala pon dah mula

pening, teros balik dan tido.

al maklum malam tu aku x pergi dah dewan MAS. junior2 semua takde sebab blah pi dewan MAS. tggal aku

sensorang kt kachi yg indah permai sambil kena kacau dgn " hantu" yg datang dari mana tah semasa pukul

3 pagi.

esok. teros aku packing barang nak balik semula rumah sambil berkira2 nak tumpang semalam dua

dirumah abg senior aku sebelum balik rumah pergi hospital tgk adik aku yg sakit.

tapi aku tunggu pnya lama pastu tertido. abg tu pon dah balik.

kesian kt dia

kesian kt aku.

tggal aku sensorang kt kachi yg indah permai.

sambil memikirkan masa depan aku yg bakal kelaparan sebab kedai makan tak bukak.

dan memikir masa depan aku yg mungkin dah jadi " adik derhaka" kt abg senior aku yg hensem lagi baik hati

tu dan bakal plak jadi "abang derhaka" kt adik aku sendiri yg terlantar sakit kt hospital tu.

maafkan aku abang senior dan adik kandung..

ni semua "amanah' yg aku kena pikul.

pasni aku bersumpah

hanya pergi bertugas kalau aku ni betul2 dihargai

dan betul diperlukan je.

kalau tak. lebih baik aku ikot saranan mak aku

drop paper MPP ganti dgn paper bahasa arab

supaya masa depan aku lebih cerah dan supaya aku

dapat jugak aku bantu makcik2 kt luar sana yg nak bercerai-berai, berebut harta warisan dan mintak mutaah

berjuta2 dan tah hape2 lagi.