Thursday, January 6, 2011

Malay Dilemma

Selamat Tgh hari..
Tajuk hari ini: Malay Dilemma.
Sebab: Perspektif semata. dan suka suki sebab ini blog saya.

Peristiwa: Pagi ini, saya pergi ikut mak saya ke kedai supplier barangan kosmetiks

dan aksesori. Kedai cina. Kedai itu dimiliki oleh 3 org gadis cina yg muda belia saya

kira sama umur dgn saya 21. Muda2 dah ada kedai sendiri. mmg bagus. apa kaitanya dgn

Malay Dilemma? Yup. Malay Dilemma. kerana belum ada lagi supplier barangan kosmetiks dan

aksesori yg pelbagai jenama dan fesyen terbaru khususnya di Pulau Pinang dari kalangan

melayu. Barangan mereka mmg cantik dan seperti yg ada di pasaran sekarang dan dibeli oleh

org ramai dgn harga mahal. Yg sebenarnya barangan tersebut adalah murah dan boleh diambil

dari negara2 membangun seperti China dan Korea. Sebenarnya kalau kita nak untung..kita

sebenarnya boleh ambil barang dari China dan korea atau Indonesia kerana hargnya jauh lebih

murah dari negara2 barat. Kualitinya mmg bagus juga. Jadi apa kaitan seterusnya dgn Malay Dilemma.


Malay Dilemma: Peniaga Melayu taknak bercampur gaul dgn peniaga cina. Kononya x boleh
berniaga dgn org bukan islam (kafir la kononnya). Orang cina kuat tipu kalau
meniaga. Maka sebab tu lah ramai org melayu bnyak yg jual makanan shj.
jarang yg mengeluarkan produk pengguna dan produk terbaru.
Antara contoh produk pengguna: tayar, barangan plastik, keperluan rumah
aksesori.


Malay Dilemma: Org melayu mmg ramai yg dah berjaya. Tapi rata-ratanya mereka yg
mendapat tempat dalam bidang pentadbiran, akademik dan kerajaan.
sektor swasta masih dipelopori org cina. Hnya ada segelintir melayu sahaja yg
ada gedung perniagaan yg besar dan kedai2 yg betul2 berjaya.

Rata2 terdiri
dari golongan ahli politik yg berpengaruh dan golongan yg ada pengaruh dalam
pentadbiran. ada juga swasta. tapi yg boleh dikategorikan sbg betul2 berjaya
masih belum ada. Antara contoh perniagaan swasta yg berjaya kebnyakkan
dari bidang herba dan kosmetiks yg betul2 dah established dll.

Contoh: Nouvelles Visages, Leesa Formula. ( tapi sayangnya tokeynya dah
kena bunuh.)



Malay Dilemma: Org Melayu lebih suka berjaya dalam bidang pentadbiran. Menjawat jawatan
tinggi. bergelar guru, akauntan, peguam , doktor dsbnya. Bidang perniagaan
masih lagi sedang membangun. Perlu lebih bnyak berusaha, tanpa pengaruh,
tanpa subsidi tanpa modal pembangunan. Yg berjaya kebnyakkan mendapat
bnyak bantuan kerajaan. Sedikit sahaja yg bermula dgn modal sendiri.



Malay Dilemma: Org Melayu sekarang sukakan hiburan. Pertandingan nyanyian, model, artis
menjadi kegilaan anak muda. Bilangan anak muda yg betul2 berjaya dalam
bidang perniagaan masih kurang. Ibubapa pula lebih suka anak menjadi
artis terkenal berbanding menjadi pemimpin berkaliber dan peniaga muda.



Malay Dilemma: Org melayu bnyak membuang masa. Pergilah ke Jom Heboh, konsert2,
shopping complex dsbnya. Org Melayu berbelanja, melepak, Bersuka ria.
Org cina jadi peniaga. Org cina jual. Org Melayu beli, beli, beli,. Org Cinaberjaya
Org melayu rugi. Jgn salahkan mereka. mereka membantu ekonomi. katanya.
pernah dengar org cina hisap dadah? ssh kan. Kerana anak2 melayu kita
hisap dadah. Anak2 cina pula jual dadah. Bukan semua. tapi yg betul2 jahat.



Malay Dilemma: Org Melayu suka mengumpat. Budaya mengumpat mmg budaya org melayu.
Tapi itu budaya zaman dahulu. Tak percaya tgk kisah P Ramlee. hasil karya
beliau mmg memaparkan kisah benar org melayu. Kononya bukan mengmpat.
tapi prihatin. Hidup bersaudara. kena ambil tahu semua hal. Budaya sembang
kedai kopi salah satu faktor. Sembang politik di kedai kopi. kenapa tak
masuk bertanding jadi ahli parlimen shaja.

Pandai memberi nasihat kepada
org. tapi tak mahu pula terima kritikan. Bila dikritik. cepat melenting.
kononya org2 cuba nak merendahkan bngsa sendiri. Tapi kita
harus sedar. Kenapa melayu lambat maju. cepat rasa rendah diri bila dikritik.
kurang berusaha dan suka mengharap bantuan dan pengaruh. Mengkritik
pula dislah tafsir. bnyak yg mengkritik utk menjatuhkan dan bukan
utk membina.



Malay Dilemma: suka Dengki dgn bngsa sendiri. tak senang kalau lihat org berjaya. Nak berjaya
kena jatuhkan bngsa sendiri. Suka grouping. yg kaya kawan dgn kaya. miskin
dgn miskin. Yg bijak dgn yg bijak. jarang nak membantu bngsa sendiri yg
lemah. Kalau berjaya cepat sombong dan mula pandang rendah org yg
x berjaya. Sifat gigih dan berusaha mmg bagus. tapi bukan dgn matlamat
nak terus berjaya dan berjaya tanpa membantu org lain atas alasan usaha
sendiri. Silakan marah dgn saya.

Contoh: Org melayu bnyak sekali berpecah parti
politik. Org cina partinya boleh dikira dgn jari.=)




Itu sahaja yg saya nak cakap. Saya bukan benci bangsa sendiri dan bukan memuja bngsa cina serta jauh sekali bersifat racisme. Tapi kecewa sahaja. Saya bukan melayu yg nk cuba hina bangsa sendiri. tapi cuma nak beritahu realiti kita sendiri. Jika ada diantara sifat2 di atas ini mmg dah tiada dalam bangsa kita, Alhamdulillah. tapi jika ada. renung2 kanlah. sama2 kita atasi sifat buruk ini jgn smpai dianggap tradisi org melayu smpai bila2.=)

2 comments:

Mr. Swift said...

Erm to follow, kan ada widget utk follow. Kelik je kat follow.

Anonymous said...

salam..

penah baca buku malay delima karya Dr.M

**follow ur blog..