Thursday, December 23, 2010

Sape nak jadi mamat handsome??


Sape handsome?? sila angkat tangan? hahaha..

X ngaku takpe. Kalau anda mmg handsome.pe salahnye. bertuah kot korang. Readers: Saya kalau posting ape2 x sah klo x mendefinsikan apa itu handsome
Handsome adalah: Suatu tanggapan bahawa seseorang itu berparas rupa menarik atau bergaya dan berbeza dari paras rupa yg sederhana. Istilah ini digunakan utk para lelaki sahaja. Saya x pernah dgr plak "perempuan hensem". Selalunya mereka ini pandai bergaya dan diminati ramai wanita.

Sebenarnya saya malas nak mebahas ape itu handsome sbb perspektif org berbeza. Saya sebenarnya nak gitau sedikit info kepada para lelaki supaya boleh jadi handsome kalau x handsome. Yg serabai boleh diurus yg kasar boleh digilap. Sebab zaman sekarang perempuan pun bnyak yg suka kepada ''mamat hensem". hehe..

Mesti readers tertanya2 spe saya nak nasihat org supaya jadi hensem. "Hensem sgt ke ngko tu??" betol tak?. xyah jawab saya tau. hehe..

sebabnye: saya adalah anak peniaga barang kecantikkan dan produk penjagaan diri. mak saya jual macam2 produk utk mencantikkan diri dan menghensemkan diri dan keluarga kami mmg puas hati kalau org yg membeli tu dtg balik dgn wajah berseri2 , cerah, kacak2 dan cantik2. Mmg nampak kegembiraan kt muka drg. dan perbezaanya mmg ketara.

Antara produk yg kami jual ialah: Mustika Ratu, Nouvelles Visages, Natasya, Teh Org Kampung, Tia Amelia, Bedak sejuk Makcik Senah..dan Bnyak lagilah.. Saya pun x tau nk sebut. (saya x promote ea..heheh)

Jadi ceritanya macam ni..

Pertama: kalau nk jadi hensem atau cantik kenalah jgn kedekut. Betol. nk cantik atau hensem perlu duit. Keluar duitla sikit utk produk yg bagus x salah kalau hasilnya memuaskan betul tak.

Kedua: Belajar sedikit ttg fesyen2 yg sesuai utk kita. sama ada di pasaran, di internet dsb.nya Kalau perlu belilah baju yg sesuai dgn kita. X kesahla mahal atau murah. Tetapi kalau Dipakai nmpak bergaya. Nak tau satu secret??

Org selalu ckp "x semestinya baju mahal boleh membuatkan kita nmpak bergaya" Tapi sebenarnya "baju mahal mmg slalu cantik dan bergaya" x caya?? pergilah Bukit Bintang ke Queensbaymall ke. mmg baju kt sana kalau korang beli sgtlah cantik. Tapi tula. harga tentulah " cantik" jugak kan. Takpe suadara-saudari. Kita x perlulah nk mengikat perut semata2 nak beli baju mahal kan. Kalau kita mampu kita belilah. x rugi. tapi kalau kita x boleh beli baju mahal, tapi kita boleh beli baju yg murah tapi bila pkai nampak cantik. kenapa x beli. Kita boleh mix n match. Saya sendiri jarang beli baju mahal. Kalau ada pun..saya beli khas utk event saja. Selebihnya saya suka mix n match.

Ketiga: Jaga kebersihan badan. Lelaki juga perlu jaga kebersihan. Pastikan setiap kali kita keluar rumah kita sikat rambut..pakai deodoran..pakai sunblock supaya mencegah dari sinaran matahari yg mmg punca utama kerosakan kulit. Lelaki xyah malu. Produk utk lelaki pun dh bnyak di pasaran sekarang. Kalau malas sgt. sya ada satu contoh yg praktikal. Pakai topi. selain dapat menyembunyikan rambut yg berserebai boleh juga melindungi muka dari sinaran matahari yg jahat. Kalau ada kesempatan seminggu sekali kita boleh pakai skrub utk hilangkan kulit mati. Nampak macam leceh bukan. tapi tak sebenarnya. sebab kalau kita bijak. kita boleh cari sabun mandian berserta dgn skrub. jadi kulit mati dapat dibuang dan parut juga boleh hilang. Tetapi anda harus tau

Skrub muka hari2 boleh memyebabkan kulit berminyak. Kerana semasa menggosok muka. Muka kita megeluarkan lebihan minyak. Jadi waspada. mmg bersih tapi kesanya akan mebuat muka kita berminyak kemudian hari.

Jika ingin memilih produk harus sesuai.
1) Kulit Berminyak= Pencuci berunsur lemon atau limau

2) Kulit Sensitif= Pencuci berasaskan menthol atau ada
element yg sejuk
3) Kulit Kering= Pencuci berasaskan susu supaya kulit kelihatan lebih 'glow
4) Kulit Normal= Sesuai semua jenis pencuci

Untuk Rambut
1) Rambut kering= syampoo berasaskan krim atau susu

2) Rambut Berminyak atau gugur= shampoo
berasaskan lemon atau limau purut dpt mgurangkan minyak dan kebotakkan.

Produk rambut
1) Gel= sesuai utk lelaki. ttpi boleh diguna utk waktu tertentu shaja
boleh menyebabkan keguguran rambut dan kepudaran warna rambut.
2) wax= Bersifat lilin. kesan kepada tekstur rambut. jarang digunakan
boleh menyebabkan rambut rosak kerana berkimia
3) Krim= Bersifat sbg pelembab. Elakkan guna yg ada bahan pewangi berlebihan
4) Minyak= Sesuai utk merawat rambut sahaja. Boleh meyebabkan k
kelemumur. Guna dalam jumlah minimum sahaja.

Untuk badan=
Seeloknya sabun bersasakan krim mandian bukan sabun ketul. Kerana sabun
ketul memgandungi bahan yg boleh mengeringkan kulit. dan Penyebab kulit kusam. Kalau boleh carilah krim mandian yg ada anti bakteria tetapi dlm bntuk susu krim kerana ia labih bagus.

Cadangan : Lifebouy atau dettol cool. Sabun susu
juga sesuai utk menjaga kelembapan dan kecerahan kulit.

Untuk anggota badan lain seperti kaki, tangan dan leher

= guna skrub. kerana kaw ini sukar
dibersihkan kerana teksturnya kasar. gigi= ubat gigi yg ada pappermint dan mentol lebih bagus kerana dapat meyegar serta merta. dan lebih kuat utk membersih dan menghilang bau.

Berus gigi juga ada 3 jenis

1) soft= sesuai utk kanak2 dan gigi sensitif

2) Medium= utk dewasa dan gigi normal
3) Hard= utk lebih bersih dan sesuai utk perokok.

pakaian

1) Gempal= sesuai kemeja berkolar. Kemeja berleher v. Potoongan lurus. Kain cotton.
warna gelap dan warna2 tanah. tali pinggang berkepala empat segi. kasut berbentuk tirus dan cermin mata saiz sederhana. Empat segi dan tidak terlalu petak. corak baju menegak. dan corak halus. Jaket yg tidak terlampau punya detail seperti poket, zip, stone dsbnya. keep it simple.

2) Kurus= tshirt bewarna. ada corak. garisan melintang. kolar bulat. sesuai kain b bersifat licin. warna cerah. tali pinggang aneka corak kecuali petak. sama juga utk cermin mata. saiz baju tidak terlalu besar atau kecil. Sesuai memakai jaket detail. supaya kelihatan berisi. baju corak petak juga sesuai supaya badan nmpak seimbang dan jika corak menegak. gunakan yg sedikt tebal coraknya..Kemeja juga sesuai tetapi berlengan pendek atau separa lengan. jeans slim. kasut tidak terlalu tirus.

Ketinggian

1) Tinggi= corak melintang. seluar bersama tali pinggang. warna cerah. kasut
terlalu tirus atau baju tidak terlalu berjalur. Pakaian sederhana panjang

2) Pendek= corak menegak. pakaian haruslah tidak terlalu labuh. tetapi fit dgn
badan. bergaya jika dipakai bersama jaket. seluar potongan strait cut jalur menegak. dan warna pakaian tidak terlalu kontras. contonhya; Jika berpakaian hitam seluar juga warna hampir sama atau sama supaya tidak kelihatan seperti dipotong kelihata mempunya ketinggian yg selari dgn kaki.

Warna kulit

1) Gelap= warna tanah seperti coklat, oren, putih. serta warna2 cerah gelap
seperti marron, purple. biru gelap. tidak sesuai warna merah. pink. hijau gelap atau kelabu kerana kulit tmpak kusam dn gelap.

2) Cerah= Semua jenis warna. tetapi lebuh bergaya jika warna cerah seperti merah, kuning, biru, dan hitam supaya kulit nmpak lebih bercahaya.

Sekian sahajalah tips saya saya pun dh penat menulis. ni adalah kajian dan pengamatan saya dari internet, buku, pndangan dan pengalaman saya,,semoga anda kekal kacak dan bergaya. Bye2.

No comments: