Bila teringat lirik ni.. hati terus jadi sedih...
Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh
Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling
Kadangkala aku sentiasa merenung nasib ku yg kelihatan kelam dihadapan..
dengan keluarga yg punya cukup banyak masalah...
hilang 2 orang ahli kelurga tersayang terus merentap semua kebahagiaan ku...
terus... duduk bersama orang yang membenci diri ini. bakal sepanjang hayat mungkin...
tiada wang..tiada perhatian dan kasih sayang..terus dihimpit rindu terhadap bapa yg telah meninggal..
serta kehadiran rakan-rakan yg x mengerti... menyebabkan hidup aku di universiti hampir musnah.
sekiranya aku x solat sekarang sudah pasti aku menjadi gila. sedangkan solat yg dibuat ini tidak dapat membendung aku dri
kelihatan seperti orang gila. Aku faham, ada kwan2 yg x mengerti dgn sikap aku. sentiasa emotional, pelik dan pasif.
tetapi itu bukan kehendak aku.. tak mengapa, mereka akan sedar sekiranya mereka berada ditempat aku.
belajar bagaimana hendak survive di universiti..berseorangan..belajar bagaimana menghadapi kematian ahli keluarga di
hadapan mata. belajar menghadapi desakan dunia material yg x beri belas kasihan kepada diri kita sekiranya serba
kekurangan..belajar utk menghadapi tohmahan rakan2.. belajar bagaimana utk survive mengekalkan akademik
dalam keadaan terhimpit.. kdang2 jatuh,,bila nampak sinar masa hadapan seakkan kelam.. bangun semula
bila sedar..kita tak boleh menyalahkan takdir... jatuh semula bila dihina orang... bangun semula dengan kekuatan utk
membuktikan..jatuh semula bila sudah tak mampu lagi utk menanggung.. bangun semula bila sedar ada lagi kenikmatan
tuhan beri... sentiasa hidup kita bagai roda...
hari ini kita bergelak ketawa..esok kita mungkin dihurung duka...
harini bapa, ibu, adik, kakak, ada disisi..hari esok..semua mereka muungkin hilang dari pandangan...
harini ini bergembira dengan rezeki melimpah ruah..hari esok menangis duka bila hilang segala-galanya...
aku sekarang cuma berdoa,,,supaya aku terus dapat survive hingga akhir semester. serta berdoa supaya aku tidak menjadi
gila dengan semua tekanan dan bebanan yg aku hadapi sekarang...Tuhannku dalam termangu aku sebut namaMu.. cahayaMu
bagai kerdip lilin di kelam yg sunyi..