Sunday, February 20, 2011

Apa jadi dengan kehidupan kita??




Sekiranya kehidupan kita tidak berlaku seperti dirancang. Tuhan maha menentukan. hidup selalu penuh drama dan kekecewaan. Lumrah hidup insan..Manusia itu adalah pelakon..dan dunia adalah pentas lakonanya...Maka...


Lihatlah sekitar alam

Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini

Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini

Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri

Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan

Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Lirik lagu by: Shiela Majid. hitam putih kehidupan.
: Pesanan untuk diri sendiri dan rakan-rakan..

Wednesday, February 9, 2011

Ciri - ciri manusia sempurna

Salam satu malaysia..

Adik-adik, akak-akak, abang-abang. pakcik-pakcik, makcik-makcik..

Suka tak jadi sempurna? Mesti sukakan..^^ Sempurna cam nabi..tapi...

Manusia takde yg sempurna macam nabi. apatah malaikat.

Semua org berusaha menjadi sempurna. Tapi apakan daya fitrah manusia mmg dicptakan lemah.

Tiada manusia yg sempurna di dunia ini. Jika ada pun ciri2 sempurna itu pada dirinya..

Pasti ada sesuatu yg tidak sempurna kerana itulah manusia. Manusia bkn nabi. bkn jua malaikat.

Ciri-ciri sempurna dari pandangan saya ialah:



1) Berakhlak baik (ciri utama) cth. seprti bersopan-santun.

2) Beribadat kepada tuhan

3) Mempunyai keluarga bahagia yg prihatin dan harmoni

4) Mempunyai harta mencukupi bagi menjalakan tugas sbg manusia dan beribadat

5) Berpewatakan bersih dan menarik (rupa paras sentiasa dijaga dlm mensyukuri nikmat Allah

6) Mempunyai hubungan yg baik dgn Allah dan Manusia (hablun MinaAllah. HablunminnaNas)

7) Berilmu pengetahuan dunia mahupun akhirat


Itulah ciri2 manusia yg saya anggap sempurna.

Mgkin antara kita berusaha mencapai semuanya. Ada juga manusia yg sekadar memilik satu

atau dua sahaja ciri-ciri itu.

Namun jika berusaha tidak menacapai semuanya.

Kita harus bersyukur.

Bersyukur bukanlah reda kepada keburukan yg ada. tetapi terus berusaha mncapai

tingkat kemanusiaan tertinggi dan syukur terhadap semua kelebihan yg dimiliki

kerana itu adalah erti sykur yg sebenar. Seperti yg tercatat

dalam buku menakjubkan (The Quranic Law of Attraction) yg saya baca ttg erti syukur

kerana manusia sering mensalah tafsir erti syukur.

Ciri-ciri sempurna yg dinyatakan. Hanyalah pandangan saya semata-mata

: Sila berikan komen jika ada ciri-ciri yg kamu rasa patut ada bagi seorang manusia sempurna ^^

Assalamualaikum..

Tuesday, February 1, 2011

Kenapa tah saya ambil bidang undang-undang?? layak ke?

Hoi..hoi..hoi.. asallamaulaikum..walaikumsalam..( sure la jawab sendirik cam lah ade org jawab

kan..huhu. sedih..=( . Posting baru nih. cepat la tgk..cepat la..(merayu dgn sepenuh hati dgn

harapan org klik nufnnang, muehehe)


Ok lah. korang, posting baru nie cam poyo je kan. meh sini nak gtaw reason nape saya posting cenggini.



Reason 1) saya nak tanya diri sendiri kenapa saya amik law. minat kew atau saje2 je.

Reason 2) nak tau sama ada saya nie boleh ke jadi loyer. majistret..dokter muehehe..

Reason 3) asal-usul cmne leh tercampak dlm bidang loyer nih.

Reason 4) Konon bajet hot la nak ambil law supaya leh pikat gurlz yg materialistik. (gile ke hape.
sumpah ler aku tipu. hehe)



Kisah Ibu Mertuaku=

" Siapa itu Kasim Selamat?? Loyer? Majistret? Doktor?? Ape?
Ahli Muzik?? pantang keturunan nenek moyang aku ahli Muzik! "


Sengal kan nenek dalam cter P. Ramlee nie. nampak sgt materialistik kan. kan?



Mak aku cakap=

" Apa? ko nak jadik cikgu?? Ko ajar tusyen pun dah mengeluh. nak jadik cikgu.

Abang, ko amik bdang law. mak suke kau jadi loyer cam pakcik dan makcik

kau. nanti dpt duit banyak. leh tolong adik-adik lain. leh wat rumah banglo

15 tgkat utk mak. Ko x sayang mak?"



muehehe. sumpeh ler ayat yg banglo tu aku tipu. mak aku baik. cantik dan tak materialistik dow.





Mohamad Hafizuddin=

Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Hons), UUM atau rgkasnya

L.L.B (hons). nilah kos saya amik skarang. amik ktne? UUM.

Ape korang igt UUM cikai ke, UM. UIAM, UKM je ade law? gtu?

ner ade..kos kami sekarang dah dapat pengiktirafan dripada Bar Council

tawu, Tan sri Abdul Ghani Patail pon dah wat lawatan ke sini dan

dah sahkan kos law kt sini dah diiktiraf keyh. Korang kenal tak sape

Tan Sri nie? dialah Peguam Negara kalau kau nak tawu. Ape ko tak

tau Peguam Negara tu apa? Bek ko jgn jadik rakyat Malaysia. muehehe.



Ok lah maleh nk mengomel cam mak ayam. just nk gtaw asal-usul dulu cner leh amik law.




Tgkatan 3:

ok lah. time nie sume org tgh pening nak amik aliran ape kan, dak2 sekolah bru nek

menengah atas mmg sweet dan tak tau ape2. hehe. (korang pun cmtu gak.)

Oleh kerana result aku cukup makan jer. maka jgn harap ler aku apply MRSM kan.( aku x

pandai. aku x pandai.) mule2 amik kelas seni ( sure lah nak amik. sbb aku suka melukis dow.

cita-cita= nak jadi pelukis atau arkitek. (pernah menang tempat ketiga peringkat negeri Pulau

Pinang kowt.)

then, aku x tahan ngn dak2 nakal tu. jump gi kelas akaun. (lagi x ley blah. cikgu garang nak mpus

+ ngn matematik n nombor2 yg mmg aku lembap skit nk mengira tuh.) jump kelas sains tulen.

(amik la segala mak fizik, bio, kimia, add math. konon2 nk jadi dokter ler.) pastu result SPM x

leh blah. muehehe.



Tgkatan 5:

dok amik sains tulen tu. target 7 A. target nk jadik dokter. padahal takut darah.

oleh kerana tensen amik bidang dokter nie. (sains tulen la) maka aku amik seni

wat tmbahan. sambil2 join dak seni yg mmg nakal tapi baik hati tu. Drg mmg bagus

ar. jahat2 drg. drg nak gak kawan ngn org x cam dak sains tulen yg suke pilih bulu tu

masa ni tak terpikir lgsung nak amik law. then bila result dak kuar. hampeh sume

subjek sains tu. yg ok Sejarah, English, Seni, BM, Geo, nampak sgt aku otak sastera

sbnrnya. (law tu dikira bidang sastera taw. sastera ikhtisas)



Lepas habis SPM:

tibe2 minat nak amik law. cite2 nak jadi pelukis, arkitek, doktor sume terpaksa dilupakan. huhu.

aku tgk law ni leh dpt bnyak duit. ciss. bkn duit je lah. kerjaya law nie cam best la. lagipun aku

nk bina confident cam loyer2 tu sume. muehehe. So? so sweet. so aku pun apply law. segala mak

nenek asasi UITM, law. x dapat la. sure x dapat result bese2 je.

then aku apply kolej swasta yg tumbuh bagai cendawan lepas hujan tuh. bnyak ar, sume bdang

law, last sekali dapat Kolej Cybernetics. amik law bwah kerjasama ngn UDM. siap ada syariah

lagi tu. hehe. (bajet alim). Dah telepon sume. beli baju. beli barang.




tibe-tibe: (pakcik aku yg loyer tu)

" kau jgn masuk kolej tu kalau nk amik law. takut tak diikitraf

je." terkedu aku..huhu. dah semangat nih. " kau amik la form 6. pastu smbung law"

cmne. cmne. dhler aku x daftar form 6. org dah blaja 2 bulan dah. bru terhegeh2 nak masuk.

padan muka aku. (orang kata form 6 tak best sbb kene pakai baju sekolah balik. )hehe.




Form 6:

tibe2 rajin giler. semangat nih. semangat. nak amik law. Kuar result. cantekkss..tibe-tibe...

tibe-tibe. apply pendidikan dalam BM (cikgu BM la kira. ) dapat. lepas semua MEDSI,

INTERVIEW. dapat Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu sbgai

Bahasa Pertama. Kt UPM lagi tuh. tapi aku tolak. sbb nak amik law. (surelah dlm borang tu tulis 5 bijik

kos law kt UUM,UM,UKM,UIA,UITM. dapat UUM. ok lah tu.



Sekarang. UUM=
yeah. dok amik LAW. bngga siot. bngga ke pis? Susah ko tawu tak. sedih nie. =(


Kesimpulanya: mula2 cite-cite aku.
1)Pelukis->Fashion Designer->Arkitek->Doktor->Cikgu->Peguam.

tahla, ok la law, loyer nmpak garang sket. muehehe.

oklah bila dah amik law. sekarang konfius plak. bdang law ade bnyak pecahan lagi

Loyer-->Majistret-->Pendakwaraya-->Legal Advisor--> Admin law-->Lecturer law-->Polis

Konfius2. nanti lah aku pikir. Haish..(-- --)